12 Cedera Dalam Kemalangan Bas

12 cedera bas kemalangan

Sekurang-kurangnya 12 mangsa dikejarkan ke hospital selepas sebuah bas dipercayai terlibat dalam kemalangan di M6 di Warwickshire, Coventry pada malam Selasa.

Menurut The Sun, kemalangan ngeri tersebut berlaku kira-kira pada jam 9:42 malam yang melibatkan sebuah bas merempuh jambatan lebuh raya.

Susulan itu, enam ambulans, Perkhidmatan Ambulans West Midlands, empat pegawai paramedik, Pasukan Tindak Balas Kawasan Berbahaya dan sebuah kenderaan kecemasan dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu mangsa cedera.

Jurucakap perkhidmatan ambulans berkata, “Kami menjumpai beberapa mangsa termasuk seorang lelaki yang merupakan penumpang bas dalam keadaan serius sejurus selepas kami tiba di tempat kejadian.

“Dia (lelaki) menerima rawatan trauma di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Universiti Coventry dan Warwickshire,” maklumnya.

12 Cedera Dalam Kemalangan
Kredit: The Sun

Sementara itu, pemandu bas terpaksa dibebaskan menggunakan khidmat pasukan bomba dengan mengambil masa kira-kira dua jam.

“Dia (pemandu bas) dan penumpang (lelaki ketiga) kemudiannya dirawat terlebih dahulu kerana berpotensi mengalami kecederaan serius sebelum dibawa ke hospital yang sama.

“Sembilan lagi penumpang bas (mangsa) telah dirawat dan dipercayai hanya mengalami kecederaan ringan sebelum dibawa ke hospital George Eliot dan Warwick untuk rawatan susulan.

“Sebilangan penumpang yang lain telah dilepaskan di tempat kejadian,” tambahnya.

Imbas kembali, kejadian kemalangan bas seperti itu turut pernah berlaku di negara ini dalam satu kejadian di Selangor pada akhir bulan lalu.

Memetik laporan Bernama pada 31 Disember 2022, seorang wanita warga Thailand dan seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia cedera selepas bas ekspres yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik kira-kira 500 meter dari Plaza Tol Rawang arah selatan, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis ketika itu berkata wanita berusia 65 tahun terbabit cedera di kepala manakala kanak-kanak berkenaan cedera di bahagian kaki.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.46 pagi dan seramai 10 anggota bersama beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang telah digerakkan dan tiba di lokasi kira-kira 40 minit kemudian.

BACA JUGA: Dua Cedera Bas Ekspres Terbalik Di Lebuh Raya PLUS

Sumber: The Sun

The post 12 Cedera Dalam Kemalangan Bas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*