16 Bayi Ditemui Di Gempa Bumi Turkiye Selamat Dibawa Ke Ankara

16 bayi gempa bumi turkiye

16 Bayi Ditemui Gempa Bumi Turkiye Selamat Dibawa Ke Ankara

Menggunakan pesawat Presiden Turkiye Recep, Tayyip Erdogan, bayi-bayi yang ditemui bersendirian selepas gempa bumi yang menggegarkan Turkiye dan Syria dilaporkan telah selamat dibawa ke Anakara.

Lapor Daily Mail, pesawat itu membawa 16 bayi dari wilayah Kahramanmaras ke ibu negara Turkiye berikutan gegaran 7.8 dan 7.5 magnitud yang dahsyat pada Isnin lalu.

Difahamkan, pesawat itu merupakan pesawat kecemasan yang akan digunakan untuk bencana alam termasuk membawa pasukan perubatan dan bantuan ke wilayah negara.

Semasa kejadian gempa bumi, pesawat itu juga digunakan untuk membawa mangsa yang cedera parah ke Ankara untuk rawatan.

Kesemua 16 bayi dari gempa bumi Turkiye itu ditemui bersendirian di zon gempa dan dikumpulkan bersama oleh ibu angkat daripada Kementerian Keluarga dan Perkhidmatan Sosial.

Kementerian itu kemudiannya menunggu di Lapangan Terbang Esenboga di Ankara untuk mengambil bayi-bayi tersebut dan dibawa ke Hospital Bandar Etlik.

BACA: Lelaki Ramal Gempa Bumi Kuat Bakal Landa Turkiye 3 Hari Sebelum Tragedi Benar-benar Berlaku

Bayi diselimut dan dijaga dengan baik

Kredit: Agensi Anadolu

Bayi-bayi itu dipercayai tidak mempunyai kecederaan dan akan dijaga oleh pertubuhan kanak-kanak yang bergabung dengan Kementerian Perkhidmatan Keluarga dan Sosial.

Dua daripada bayi itu dikeluarkan dari serpihan akibat gempa bumi dan identiti mereka masih belum dikenal pasti.

Manakala 14 lagi sedang dirawat di hospital di Kahramanmaras ketika gempa bumi berlaku namun pihak berkuasa masih belum dapat menghubungi keluarga mereka.

Dalam pada itu, isteri Presiden Turkiye Emine Erdogan mengambil kesempatan untuk melawat bayi-bayi itu setelah ditempatkan di hospital pada Rabu.

Gempa bumi yang melanda selatan Turkiye itu dirasai di banyak negara di seluruh Timur Tengah dengan Turkiye dan jirannya di selatan Syria.

Ribuan orang juga dilaporkan terbunuh susulan dengan bangunan apartmen yang runtuh ke tanah dalam beberapa saat selepas gempa bumi.

Bangunan itu mengandungi ramai orang dan dipercayai beberapa keluarga terperangkap di dalam runtuhan gempa itu.

Kajian Geologi Amerika Syarikat telah merekodkan lebih 60 gempa bumi dan gegaran di rantau itu dalam tempoh 24 jam.

Negara-negara dari seluruh dunia telah menawarkan bantuan, dengan pasukan penyelamat dari Eropah, Asia dan Amerika semuanya terbang membantu bagi operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Sumber: Daily Mail

BACA: Bayi Berjaya Dikeluarkan Hidup-Hidup Dari Runtuhan

The post 16 Bayi Ditemui Di Gempa Bumi Turkiye Selamat Dibawa Ke Ankara appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*