17 Maut Selepas Trak Melanggar Khemah Pengebumian Di China

17 maut dalam kemalangan di China

Sekurang-kurangnya 17 maut dalam kemalangan jalan raya di daerah Nanchang di wilayah Jiangxi, China ekoran daripada cuaca berkabus di tempat kejadian.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), difahamkan kemalangan tersebut melibatkan sebuah trak yang melanggar khemah pengebumian di pinggir jalan.

Kemalangan itu menyebabkan 17 terkorban manakala 22 lagi tercedera. Kesemua yang tercedera telah dihantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Sementara itu menurut saksi (penduduk tempatan), pada ketika itu mangsa (yang berkabung) sedang bersiap-siap untuk pergi ke krematorium tempatan (tempat pembakaran jenazah) sebelum dilanggar sebuah trak di khemah pengebumian di tepi jalan di kampung Taoling.

Sejurus selepas kemalangan berlaku, polis trafik mengeluarkan amaran bahawa kawasan tersebut berkabus dan menyebabkan penglihatan para pemandu menjadi kurang jelas sehingga boleh mengakibatkan kemalangan lalu lintas.

Buat masa ini, pihak polis sedang menyiasat jumlah kenderaan yang terlibat dan punca yang menyebabkan insiden itu berlaku.

17 maut dalam kemalangan di China
Gambar: The Coverage

‘China telah melonggarkan sekatan sempadan antarabangsa pada hari Ahad’

Dalam pada itu, pihak berkuasa berusaha untuk menguatkuasakan undang-undang jalan raya sebagai persediaan awal ekoran daripada berakhirnya sekatan Covid-19.

Malah, jumlah ini dijangka akan meningkat dua kali ganda kepada dua billion apabila menjelang musim perayaan yang bermula pada 22 Januari kelak.

Tidak hanya itu, China juga dikatakan telah melonggarkan sekatan sempadan antarabangsanya pada Ahad iaitu dengan membenarkan pelancong dari Hong Kong dan negara lain untuk masuk tanpa perlu menjalankan kuarantin.

Difahamkan, China turut membantah langkah yang menyarankan pelancong dari Hong Kong untuk membuat ujian Covid-19.

Menurut The Independent, peningkatan virus tersebut di Hong Kong dapat dilihat dengan jelas berbanding China beberapa minggu lalu, malah sebahagian sempadan darat dan lautnya juga telah ditutup lebih kurang tiga tahun lalu.

Walaupun terdapat risiko jangkitan baharu, namun pembukaan sempadan itu telah menyebabkan berpuluh-puluh ribu orang ingin menyeberang negara itu setiap hari.

Malah ia dikategorikan sebagai satu rangsangan yang sangat diperlukan kepada sektor pelancongan Hong Kong.

Sementara itu, memetik akhbar Global Times, kira-kira 200 penumpang dijangka menaiki feri ke Hong Kong manakala 700 lagi melakukan perjalanan ke arah lain pada hari pertama pembukaannya.

Tambah akhbar itu lagi, peningkatan tersebut dijangka akan berterusan dalam beberapa hari akan datang.

Memetik laporan media Hong Kong pula kira-kira 300,000 tempahan perjalanan telah dibuat dari bandar tersebut menuju ke China.

Sumber: The Independent

The post 17 Maut Selepas Trak Melanggar Khemah Pengebumian Di China appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*