19 Maut Dalam Kejadian Banjir & Tanah Runtuh Di Brazil

19 maut banjir brazil

19 Maut Dalam Kejadian Banjir & Tanah Runtuh Di Brazil

SAO PAULO — Sekurang-kurangnya 19 orang dilaporkan maut selepas hujan lebat yang mengakibatkan banjir dan tanah runtuh di Sao Paulo, Brazil semalam.

Memetik AFP, dalam rakaman di media sosial dan televisyen memaparkan kawasan bandar San Sebastiao yang dilanda banjir teruk. Hujan lebat itu menyebabkan kawasan kediaman mula dinaiki air lumpur dan kerosakan kereta juga dilaporkan akibat pokok tumbang.

Menurut kerajaan negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai 228 orang kehilangan tempat tinggal. Manakala 338 orang telah dipindahkan ke wilayah pantai utara, Sao Paulo.

Gambar: AFP

Sementara itu, Datuk Bandar San Sebastiao, Felipe Augusto menjelaskan keadaan di bandar itu amat kritikal.

“Kami belum mengukur jumlah skala kerosakan yang berlaku. Usaha menyelamatkan mangsa juga sedang digiat dijalankan. Hampir 50 kediaman runtuh akibat banjir yang berlaku dan masih ada orang tertimbus,” katanya kepada Globonews.

BACA JUGA: Suasana Di Turkiye Kini Tak Ubah Seperti Di Medan Perang

Jelas Augusto, lebih 100 anggota bomba terlibat di lokasi kejadian dengan bantuan helikopter. Selain itu, askar turut turun padang dalam membantu mangsa yang terjejas.

Gabenor negeri Sao Paulo, Tarcisio de Freitas telah mengisytiharkan darurat di lima bandar di sepanjang pantai berkenaan. Sementara itu, anggota penyelamat telah dikerahkan dalam membantu mereka yang terkesan akibat bencana tersebut.

Walaupun bagaimanapun, kerajaan belum mendedahkan jumlah mangsa yang hilang dalam bencana yang berlaku.

19 maut hujan lebat sao paulo
Gambar: AFP

San Sebastiao antara kawasan bandar paling teruk terjejas dengan merekodkan paras air naik pada ketinggian satu kaki (60 sentimeter) selepas hujan turun selama 24 jam.

Bandar itu juga terletak 200 kilometer di utara Sao Paulo. Ia menjadi lokasi tumpuan pengunjung dari bandar untuk bercuti pada hujung minggu.

Difahamkan, cuaca ekstrem yang berlaku dipengaruhi oleh perubahan iklim. Ia telah membawa kesan buruk kepada Brazil.

Peristiwa hujan lebat dilaporkan berlaku di Petropolis pada tahun yang mengakibatkan lebih 230 orang terkorban.

Terdahulu, lebih  9,300 orang telah dipindahkan berikutan 34 bandaraya mengisytiharkan darurat akibat hujan lebat di Recife, ibu negeri Pernambuco, Brazil, lapor Xinhua menerusi Bernama.

Susulan bencana itu, ia telah meragut 128 nyawa. Kebanyakan yang terkorban disebabkan tanah runtuh.

Sumber: AFP via Barrons

The post 19 Maut Dalam Kejadian Banjir & Tanah Runtuh Di Brazil appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*