Netizen dakwa struktur buaya raksasa fosil dari zaman dinosaur

WASHINGTON – Sebuah klip video memaparkan penemuan struktur berbentuk seekor buaya gergasi tular di media sosial kerana rata-rata pengguna mempersoalkan sama ada ia sebenarnya haiwan atau formasi batu, lapor stesen penyiaran NDTV.

Dalam video tersebut, sebuah struktur berbentuk buaya gergasi kelihatan berada di bawah batu besar. 

Ia kelihatan seperti seekor buaya hidup, tetapi telah bertukar menjadi batu.

Orang ramai keliru sama ada ia adalah batu berbentuk buaya atau buaya zaman dinosaur yang kini menjadi batu.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kedudukan kamera dan perspektif dari mana video itu diambil menyukarkan saya untuk menilai saiznya. Dari pandangan saya, sesiapa yang merakam video telah berdiri di atas tebing bertentangan, bukan?,” kata seorang netizen.

“Saya fikir ia fosil aligator. Tanpa mengetahui komposisi kimia batuan itu, sukar untuk mengesahkan dari jauh, tetapi jika ia adalah batu sedimen, digantikan oleh silika, ia boleh menjadi fosil sebenar, dan ia akan menjadi hebat,” kata netizen lain. – Agensi

The post Netizen dakwa struktur buaya raksasa fosil dari zaman dinosaur appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*