2 pelajar & kelindan lori ditahan kerana disyaki merogol & liwat pelajar sekolah

Seorang kelindan lori bersama dua pelajar ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kejadian rogol dan liwat pelajar sekolah.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, tiga suspek terbabit ditahan selepas pihaknya menerima tiga laporan berkaitan kejadian itu yang membabitkan mangsa tiga pelajar perempuan pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Dua daripada kes itu dikatakan berlaku di kawasan sekolah yang sama tetapi membabitkan mangsa serta suspek berbeza.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan mendapati, kejadian itu dilakukan secara sukarela bersama pasangan kekasih masing-masing.

“Tiga suspek lelaki berusia 17 hingga 19 tahun yang juga pelajar dan kelindan lori sudah ditangkap,” katanya.

Keputusan ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah dan tiada rekod lampau. Mereka direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara selama 8 hingga 30 tahun dan sebatan.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Polis menasihatkan golongan ibu bapa untuk mengawasi kegiatan dan tingkah laku anak masing-masing bagi mengelakkan mereka terbabit dalam jenayah yan tidak sepatutnya.

BACA: Pakar masak ‘air tebu hitam’ diberkas bersama 6 kaki ketum

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*