25 Tahun Jadi Suri Rumah Tanpa Gaji, Lelaki Diperintah Bayar RM965,000 Kepada Bekas Isteri

lelaki diperintah bayar gaji isteri

25 Tahun Jadi Suri Rumah Tanpa Gaji, Lelaki Diperintah Bayar RM965,000 Kepada Bekas Isteri

Seorang ahli perniagaan di United Kingdom (UK) diperintahkan membayar RM965,000 kepada bekas isterinya gara-gara ‘melantiknya’ menjadi suri rumah selama 25 tahun  tanpa gaji.

Memetik Metro UK, difahamkan kadar bayaran wang tunai hampir RM1 juta itu ditentukan berdasarkan paras gaji minimum pekerjaan yang berkaitan sepanjang perkahwinan mereka.

Lelaki tersebut diperintahkan untuk menyerahkan wang berkenaan kepada bekas isterinya sebagai jalan penyelesaian kes penceraian mereka.

Keputusan itu dibuat oleh hakim mahkamah, Laura Ruiz Alaminos dalam satu pendakwaan di sebuah mahkamah di Velez-Malaga, selatan Sepanyol.

Disuruh ‘kerja’ jadi suri rumah tanpa diberi gaji

Dalam prosiding berkenaan, pihak mahkamah mendapati ibu kepada dua anak perempuan itu ‘disuruh’ untuk bertanggungjawab menjaga keseluruhan rumah mereka.

Difahamkan dia terpaksa menghabiskan banyak masa hanya untuk berkhidmat di rumah seperti kerja-kerja menjaga (rumah), urus keluarga dan segala-galanya.

Seperti yang dikongsikan kepada umum semasa temu bual bersama siaran radio Cadena Ser sebelum itu, wanita terbabit mendedahkan suaminya hanya dia bekerja dalam rumah sahaja.

Jelasnya, ada kalanya dia ‘bekerja’ dalam bilik gim milik suaminya, mengendalikan sebarang hal ehwal semasa (di rumah) serta bertugas sebagai pemantau (keselamatan).

“Saya telah mendedikasikan diri saya secara eksklusif untuk kerja-kerja rumah, menjaga suami dan keluarga.

“Dia membuatkan saya mengambil tanggungjawab khusus dengan membuat segala kerja rumah sampaikan saya tidak banyak masa untuk buat benda lain,” luahnya.

Bagaimanapun tempoh perkahwinan mereka akhirnya sampai ke penghujung apabila mereka memfailkan penceraian dan tidak lagi mahu bersama.

Namun difahamkan perpisahan mereka ‘tertakluk’ dengan pemisahan harta yang bermakna pendapatan setiap pihak adalah milik masing-masing sahaja.

Tidak mempunyai akses hal ehwal kewangan

Difahamkan, wanita itu tidak mendapat haknya kerana dia tidak boleh mengakses mana-mana sumber harta mahupun kekayaan mereka perkongsian mereka.

“Jelas sekali ini adalah kes penderaan yang dikecualikan sepenuhnya daripada segi kewangan (oleh bekas suami saya) dengan tiada apa-apa lagi selepas perkahwinan saya berakhir.

“Jadi, saya dan anak-anak perempuan saya tiada apa-apa selepas bertahun-tahun meletakkan segala-galanya seperti masa, tenaga dan kasih sayang dalam keluarga.

“Saya tidak pernah dibenarkan mengakses hal ehwal kewangannya kerana semua atas namanya,” katanya.

Sungguh pun begitu, wanita terbabit mengatakan bahawa dia tetap menyokong suaminya dalam kerja dan dalam keluarga sebagai ibu bapa (ketika sebelum cerai).

Difahamkan, bekas suaminya yang berhasrat untuk membahagikan rumah dan harta benda mereka selepas penceraian itu berkemungkinan akan merayu semula keputusan mahkamah tersebut.

Selain itu, bekas suaminya juga diperintah untuk menanggung pencennya yang berjumlah RM2,378 sebulan.

Manakala RM1,955 dan RM2,855 lagi pula perlu dibayar kepada dua anak mereka yang kini masing-masing berumur 20 dan 14 tahun.

Sumber: Metro UK

The post 25 Tahun Jadi Suri Rumah Tanpa Gaji, Lelaki Diperintah Bayar RM965,000 Kepada Bekas Isteri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*