29,745 calon duduki SPM di Kedah

ALOR SETAR: Seramai 29,745 pelajar menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertulis di Kedah yang bermula hari ini hingga 15 Mac depan. 

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, Rozaini Ahmad berkata, seramai 25,718 daripada mereka merupakan calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).

Katanya, baki calon selebihnya merupakan pelajar di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan, sekolah agama negeri, sekolah swasta, calon persendirian dan sekolah menengah agama rakyat.

Menurut beliau, sebanyak 264 pusat peperiksaan dibuka di seluruh Kedah bagi menempatkan kesemua pelajar yang mengambil peperiksaan tersebut. 

“Bilangan calon berkeperluan pendidikan khas (CBPK) adalah seramai 57 orang antaranya melibatkan mereka yang menghadapi masalah pembelajaran, kurang upaya fizikal, kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran dan individu terbabit kemalangan.

“Calon paling ramai dicatatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aman Jaya iaitu seramai 432 calon diikuti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Keat Hwa (386 calon) dan SMK Chio Min (351 calon),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.  

Tambahnya, calon paling sedikit dicatatkan di Sekolah Integriti Sungai Petani iaitu seramai tiga orang diikuti Maahad Al Imam Al Syafie di Pendang dan SMK St. Patrick di Kulim yang masing-masing cuma memiliki 15 calon sahaja. –UTUSAN

The post 29,745 calon duduki SPM di Kedah appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*