4 Januari: Kenali Hari Braille Sedunia, Rai Penciptaan Tulisan Khas Untuk Golongan Buta

4 Januari: Hari Braille Sedunia, Rai Penciptaan Tulisan Khas Untuk Golongan Buta

Setiap tahun, Hari Braile Sedunia akan disambut pada 4 Januari. Untuk tahun ini, sambutan berkenaan jatuh pada hari Rabu semalam. Sambutan ini diadakan sebagai tanda meraikan jasa pencipta sistem tulisan Braile, Louis Braille yang banyak memudahkan komunikasi individu buta atau mereka yang berdepan dengan masalah penglihatan kronik.

Sistem Braile yang terdiri daripada bentuk-bentuk titik yang timbul pada permukaan rata dapat dibaca melalui sentuhan pada hujung jari pembacanya.

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

Dengan ciptaan sistem tulisan ini, jutaan individu yang mengalami masalah buta dan masalah penglihatan lain berpeluang untuk meningkatkan tahap literasi seperti individu-individu lain serta membuka lebih banyak pintu untuk menempa kemajuan dalam kehidupan.

Bagaimana Louis Braille mencipta tulisan Braille?

Louis Braille dilahirkan pada 4 Januari 1809 di Coupvray, Perancis. Ketika dirinya berusia tiga tahun, beliau telah tertusuk matanya tanpa sengaja. Kecederaan pada matanya telah mendapat jangkitan dan beberapa tahun kemudian, beliau disahkan kehilangan penglihatannya secara sepenuhnya.

Di usia mudanya, Braille berazam untuk menyambung pengajian dan mencari cara bagaimana untuk membantu orang lain yang senasib dengan dirinya, untuk membaca dan menulis seperti individu lain.

Ketika menyambung pelajaran di National Institute for Blind Youth di Paris, beliau bertemu dengan sebuah sistem bacaan dan tulisan, sistem Barbier, yang dibangunkan oleh Kapten Charles Barbier, seorang pegawai tentera Perancis.

Gambar via Google Images

Sistem Barbier yang juga dikenali sebagai ‘tulisan malam’ telah menggunakan siri titik-titik timbul dan sepang untuk mewakili perkataan dan huruf dan secara asalnya, digunakan untuk berkomunikasi pada waktu malam.

Braille merasa terpesona dengan sistem yang diperkenalkan oleh Barbier dan menghabiskan banyak masa untuk melakukan uji kaji ke atasnya serta mengadaptasi sistem ini untuk kegunaannya.

Selepas sekian lama melakukan penyelidikan, beliau akhirnya berjaya membangunkan sistem tersebut dengan versi yang lebih ringkas, iaitu menggunakan sel enam titik untuk mewakili setiap abjad dan pelbagai tanda baca.

Sistem ini kemudiannya dikenali sebagai “Braille”, didapati lebih mudah untuk dibaca serta ditulis berbanding sistem Barbier dan sekelip mata menjadi popular dalam kalangan pelajar di sana.

Pada 1829, Braille telah menerbitkan sebuah buku yang menerangkan sistem tulisan tersebut yang seterusnya digunapakai oleh sekolah-sekolah orang buta di seluruh Eropah.

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

Beberapa tahun kemudian, sistem Braille telah diubahsuai dan diperluaskan kepada beberapa bidang ilmu seperti memasukkan not-not muzik, simbol matematik dan beberpa simmbol lain.

Pada hari ini, sistem Braille telah digunakan secara meluas di setiap negara di dunia dan memberikan peluang kepada jutaan insan-insan yang mengalami masalah penglihatan untuk membaca dan menulis serta kemampuan untuk bergaul dengan masyarakat seperti manusia lain.

Kenapa kita perlu menyambut Hari Braille Sedunia?

Hari Braille Sedunia merupakan masa untuk meraikan sumbangan yang diberikan oleh Louis Braille dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan literasi dan pendidikan kepada golongan buta serta mereka yang mengalami masalah penglihatan.

Pada masa yang sama, hari istimewa ini saat kita untuk menghargai setiap kemajuan yang terdapat dalam teknologi, yang mana dapat memmudahkan golongan ini untuk mendapatkan maklumat dan berkomunikasi dengan orang lain dengan mudah.

Antara kemajuan yang dapat diperhatikan seperti pembangunan paparan Braille, pembaca skrin dan beberapa perisian lain yang dapat membantu orang ramai untuk mengakses komputer dan internet melalui braille atau ucapan.

Sumber: Times of India

The post 4 Januari: Kenali Hari Braille Sedunia, Rai Penciptaan Tulisan Khas Untuk Golongan Buta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*