4 Suspek Diberkas, Dipercayai Rompak Pelantar Minyak Di Tanjung Langsat

suspek pelantar minyak tanjung langsat

Empat orang suspek ditahan kerana dipercayai merompak sebuah pelantar di Pelabuhan Tanjung Langsat, Johor dua hari lepas. 

Memetik Sinar Harian, empat orang lelaki termasuk dua beradik warga tempatan telah diberkas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada Selasa.

Suspek ditahan ketika melakukan rompakan di pelantar minyak yang berada di kedudukan 0.7 batu nautika, timur laut Jeti Tanjung Langsat, samalam.

Menurut Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahi, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 27 hingga 47 tahun.

Kesemua suspek terbabit ingin mencuri kabel logam di bawah pelantar Aurora Producer 1 pada jam 12.30 tengah malam dengan menggunakan bot gentian kaca.

Tambahnya, sebaik sahaja menerima aduan mengenai insiden rompakan tersebut, sebuah bot Maritim Malaysia telah diarahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota menemui sebuah bot gentian kaca tanpa nombor pendaftaran bersama empat lelaki sedang menarik kabel di bawah pelantar minyak yang sedang dibaik pulih.

“Empat lelaki tersebut kemudiannya bertindak cuba menenggelamkan bot gentian kaca sebaik yang digunakan sebelum mereka terjun ke dalam laut, namun berjaya diselamatkan dan ditahan,” jelasnya.

Saiful Lizan menjelaskan situasi tersebut dalam sebuah sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Tanjung Sedili pada Rabu, hari ini.

Sidang tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Malaysia Johor, Kapten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa.

Saiful Lizan berkata, hasil pemeriksaan telah menemui dua kru warga tempatan, masing-masing berusia 24 dan 32 tahun yang merupakan mangsa rompakan.

“Mangsa menyatakan ketika kejadian pelantar berkenaan dinaiki tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang. Suspek menyerang, mengikat kaki, tangan dan mulut mangsa sebelum dikurung dalam sebuah kabin di atas pelantar.

“Mangsa terkurung selama dua jam sebelum berjaya melepaskan ikatan dan bersembunyi bagi menunggu ketibaan pihak berkuasa,” ujarnya dalam sidang tersebut.

Suspek turut memiliki rekod jenayah lampau

Selain itu, semua suspek didapati memiliki rekod jenayah lampau, yang mana berkaitan pemilikan senjata dan dadah.

Keempat-empat suspek terbabit direman selama lima hari bermula Rabu, hari ini bagi membantu siasatan. Saiful Lizan berkata, suspek turut mengambil dua buah telefon bimbit milik mangsa-mangsa bersama-sama kabel yang ingin dicurinya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 391 Kanun Keseksaan atas kesalahan rompakan berkumpulan.

“Selain kabel, suspek turut mencuri dua buah telefon bimbit milik mangsa. Jumlah kerugian masih dalam siasatan. Kami percaya kabel terbabit mempunyai nilai yang cukup tinggi di pasaran tempatan,” katanya.

Beliau berkata bahawa kejadian terbabit merupakan rompakan laut pertama yang melibatkan suspek dalam kalangan warga tempatan.

“Ini adalah kes berprofil tinggi kerana sebelum ini kes rompakan laut banyak membabitkan warga asing,” katanya.

BACA: Kereta Kena Langgar, Abang Ni Rileks Je Siap Sambung Nyanyi Lagu Raya

Sumber: Sinar Harian 

The post 4 Suspek Diberkas, Dipercayai Rompak Pelantar Minyak Di Tanjung Langsat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*