6 Terbunuh Termasuk 3 Pelajar Dalam Insiden Tembakan Di Sekolah Amerika

insiden tembakan amerika

6 Terbunuh Termasuk 3 Pelajar Dalam Insiden Tembakan Di Sekolah Amerika

Insiden tembakan di sebuah sekolah di Nashville, Amerika Syarikat pada Isnin mengorbankan  sekurang-kurangnya 6 nyawa. Mereka yang terkorban merupakan tiga orang pelajar dan tiga orang kakitangan sekolah.

Menurut laporan CNN, dua daripada kakitangan sekolah yang maut merupakan guru besar dan seorang penjaga sekolah berkenaan.

Difahamkan, sekolah swasta berkenaan mempunyai kira-kira 200 orang pelajar.

Dalam pada itu, polis berkata suspek tembakan berkenaan yang berusia 28 tahun merupakan bekas pelajar kepada sekolah tersebut. Suspek dilapor membawa tiga pucuk senjata api termasuk rifal semi-auto ketika melakukan serangan tersebut.

Polis menerima laporan berkenaan insiden berkenaan kira-kira 10.15 pagi waktu tempatan dan bergegas ke lokasi kejadian. Suspek berjaya ditembak mati oleh polis.

Menurut BBC, siasatan polis mendapati suspek memandu sebuah kereta jenis Honda Fit ke sekolah tersebut. Suspek difahamkan menceroboh sekolah tersebut dengan menembak salah satu pintu pagarnya. Difahamkan, semua pintu pagar ke sekolah itu berkunci ketika kejadian berlaku.

Pihak polis turut mendedahkan rakaman CCTV yang merakam pergerakan suspek di dalam sekolah.

Suspek bawa tiga senjata termasi rifal semi-auto

Dalam rakaman tersebut, suspek dilihat berjalan di koridor sekolah dengan mengenakan baju perlindungan dipercayai jaket kalis peluru.

Suspek juga dirakam memegang senjata jenis rifal manakala sepucuk lagi senjata jenis sama berada di pinggangnya. Dia kemudiannya dilihat menembak bahagian lantai koridor itu sebelum bergerak ke tingkat dua sekolah.

Apabila polis tiba di sekolah tersebut, suspek melepaskan tembakan ke arah polis menerusi pintu tingkap sekolah. Seorang anggota polis turut dilapor cedera terkena tembakan tersebut.

Polis kemudian melakukan serbuan ke dalam sekolah tersebut dan berjaya menembak mati suspek.

Siasatan yang dijalankan polis setakat ini berjaya menemui tiga keping nota menjelaskan manifesto penyerang dan juga peta sekolah di rumah suspek.

Suspek juga didapati sudah melakukan peninjauan dan pengawasan ke atas sekolah berkenaan sebelum melakukan serangan.

Insiden berkenaan nyata meninggalkan trauma yang mendalam kepada kalangan pelajar berkenaan. Ia juga turut menghangatkan semula perdebatan sama ada kerajaan perlu mengharamkan pemilikan senjata api dalam kalangan orang awam.

Kejadian serangan tembakan di negara kuasa besar dunia itu bukanlah perkara asing dan pernah dilaporkan sebelum ini.

BACA: Jurujual Dipenjara 2 Tahun, Denda RM50,000 Sebabkan Lima Ekor Kucing Mati Kebuluran

Sumber: BBC

The post 6 Terbunuh Termasuk 3 Pelajar Dalam Insiden Tembakan Di Sekolah Amerika appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*