97 Tahun Hidup “Single”, Warga Emas Gembira Akhirnya Bertemu Jodoh Walau Usia Dah Lanjut

97 Tahun Hidup “Single”, Warga Emas Gembira Akhirnya Bertemu Jodoh Walau Usia Dah Lanjut

Seorang lelaki di daerah Uasin Gishu yang tidak pernah berkahwin dengan mana-mana wanita sepanjang hayatnya akhirnya bertemu dengan cintanya di usia 97 tahun, lapor Legit.

Majlis penuh warna-warni itu berlangsung pada Sabtu 14 Januari lalu di Soy, daerah Uasin Gishu, Kenya. Para paderi dari gereja Katolik Kenya telah mengetuai majlis yang indah itu.

Bercakap kepada TUKO.co.ke Kenya, seorang ahli keluarga pengantin lelaki yang bernama Sally Chepkoech mendedahkan bahawa lelaki berusia 97 tahun itu tidak pernah berkahwin. Dia teruja kerana akhirnya telah menjumpai pasangan hidupnya walaupun pada usia yang sudah lanjut.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Sally yang turut menghadiri majlis itu berkata kaum keluarga dan rakan-rakan telah berkumpul untuk meraikan hari bahagia Mzee Johanna Arap Butuk. Pasangan bahagia itu turut meraikan dengan makan-makan dan menari dengan gembira.

“Ia adalah majlis perkahwinan yang besar dan ia juga diketuai oleh paderi gereja Katolik yang datang ke perkarangan rumah kami untuk majlis perkahwinan tu,” kata Sally yang teruja.

Tambah Sally lagi, lelaki warga emas itu akhirnya tunduk kepada desakan perkahwinan selepas melihat semua anak saudaranya sudah berkahwin.

“Dia tidak pernah berkahwin sebelum ini, jadi apabila kami berkahwin dia bertanya kepada kami siapa yang akan menjaganya kerana kami semua sudah berkahwin dan berjauhan dengannya.

“Ketika itulah kami memutuskan untuk mencarikan isteri untuknya supaya dia boleh mempunyai seseorang di sisinya,” kata Sally lagi.

Kredit Sally Checkoech

Sally yang memanggil Johanna dengan gelaran bapa berkata, wanita berusia 30 tahun yang bernama Alice Jepkorir juga teruja untuk mempunyai suami yang boleh membantunya menjaga empat orang anak miliknya.

“Perkahwinan itu sangat indah. Kami menari dengannya sambil diiringi dengan mempelai,” kata Alice sambil menambah bahawa perkahwinan itu telah mendorong ramai orang untuk tidak berputus asa dengan cinta.

Sementara itu, mereka sekeluarga akhirnya teruja kerana Johanna akhirnya menemui seorang isteri selepas berpuluh tahun bergelar bujang.

Sumber: Legit

The post 97 Tahun Hidup “Single”, Warga Emas Gembira Akhirnya Bertemu Jodoh Walau Usia Dah Lanjut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*