MALAYSIA memintas Australia dalam kedudukan Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia untuk kini menduduki tangga kelima daripada 20 pasukan Zon Timur.
Ini dipacu oleh kemenangan 3-0 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas kelab Korea Selatan, Ulsan HD, dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada Selasa lalu.
Berdasarkan kemas kini terbaru Footy Rankings, Malaysia kini mengumpul tambahan 8.333 mata musim ini, yang menjadikan jumlah mata keseluruhan meningkat kepada 32.861 mata.
Secara keseluruhannya, JDT telah menyumbangkan 10.000 mata manakala satu lagi wakil Malaysia, Selangor, merekodkan 6.667 mata dan membawa kepada 8.333 mata tambahan buat Malaysia musim ini.
Kejayaan itu menyaksikan Malaysia memintas Australia dengan kelebihan 0.237 mata.
sumber: SH
Malaysia bagaimanapun kekal menghuni tangga ke-12 di Asia secara keseluruhan dengan Jordan melonjak ke kedudukan 11 terbaik ketika ini. – Stadium Astro/ AWANI