Aaron-Wooi Yik Jatuh Satu Tangga Ranking Dunia

Aaron Chia-Soh Wooi Yik jatuh satu tangga

Aaron-Wooi Yik Jatuh Satu Tangga Ranking Dunia

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — Juara dunia beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik jatuh satu tangga iaitu ke kedudukan ketiga dalam ranking dunia selepas mengalami kekalahan dalam pusingan suku akhir Masters Malaysia minggu lepas.

Berdasarkan ranking terkini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Aaron-Wooi Yik, yang menduduki tangga kedua untuk tiga minggu sebelum ini, mengumpul 77,094 mata manakala beregu China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi mengatasi pemain Malaysia itu untuk kedudukan kedua dengan 77,808 mata.

Jumaat lepas, Aaron-Wooi Yik tewas di tangan pasangan Indonesia Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, 18-21, 19-21.

Sementara itu, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia mengekalkan kedudukan teratas untuk lima bulan sejak 27 Dis tahun lepas dengan 94,379 mata, manakala beregu profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi naik ke kedudukan ketujuh dengan 71,150 mata.

Meskipun muncul naib johan Masters Malaysia, ranking beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah tidak berubah iaitu di kedudukan 11 dengan 66,301 mata, sementara beregu China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan masih nombor satu dengan 96,254 mata.

Pearly-Thinaah mempamerkan semangat juang tinggi dalam perlawanan penuh dramatik menentang gandingan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee dengan keputusan 20-22, 21-8, 17-21, Ahad lepas.

Selain itu, jaguh perseorangan profesional negara Lee Zii Jia kekal pada kedudukan ke-10 sejak minggu lepas dengan kutipan mata 59,876.

Beregu campuran profesional Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie juga kekal di kedudukan minggu lepas iaitu di ranking ketujuh dengan 63,464 mata.

BACA: Nak “Aircond” Kereta Sentiasa Sejuk? Ini 3 Benda Yang Perlu Dijaga

Sumber: Bernama

The post Aaron-Wooi Yik Jatuh Satu Tangga Ranking Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*