“Abah Ni Pemurah Sangat,” Beras Sendiri Pun Tak Cukup, Sekeluarga Tahan Perut Jamu Tetamu Berbuka

Disebalik keseronokan ramai orang bersiap sedia menghadapi Aidilfitri, ada juga insan dan keluarga yang bergelut dengan pelbagai masalah, termasuk kesempitan kewangan.

Dah la beras yang ada tak cukup untuk berbuka, inikan pula nak buat persiapan Raya yang bakal menjelang tiba.

Dalam keadaan itu pula, ada tetamu yang tiba-tiba nak datang berbuka puasa di rumah tanpa diundang. Nak ditolak, serba salah. Terpaksalah terima kunjungan walaupun beras di rumah sendiri pun cukup-cukup makan sahaja. Inilah yang dihadapi Mail, lakonan Beto Kusyairy dalam filem pendek syarikat beras ERA baru-baru ini.

“Abah ni pemurah sangat.”

Kebaikan Mail membuatkan anaknya sendiri mengeluh apabila memikirkan kesusahan mereka. Biarpun dalam kesusahan, Mail tak pernah lokek berkongsi rezeki dan membantu orang lain yang meminta bantuan darinya.

Termasuklah apabila majikannya sendiri, Pak Leman menyuarakan keinginan untuk berbuka di rumah Mail. Nak ditolak, apakan daya, terima sahajalah mana tahu tetamu yang datang itu membawa rezeki.

Waktu berbuka pun hampir tiba. Datanglah Pak Leman untuk makan bersama. Pun begitu, Mail sekeluarga terpaksa menahan perut bagi memberi keutamaan kepada tetamu mereka biarpun akhirnya mereka hanya dapat menjamah kurma.

Dengan perut kelaparan, siapa sahaja tidak sakit hati apabila tetamu yang datang tanpa diundang makan tanpa timbang rasa pada tuan rumah. Pun begitu, Mail dan isterinya tetap sabar. Kesabaran mereka akhirnya dibalas dengan rezeki yang tak disangka-sangka.

Jom tonton video dibawakan syarikat beras Era yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia di bawah.

 

Kongsi Rezeki Kita

Daripada video ERA itu tadi, kita dapat simpulkan bahawa rezeki adalah ketetapan Allah SWT dan Dia menghantarnya melalui pelbagai cara. Kita boleh usaha dan doa, tapi hanya Dia yang menentukan. Antaranya adalah melalui tetamu yang datang.

Oleh itu, kita haruslah memuliakan tetamu dan elakkan bersangka buruk dengan rezeki yang kita kongsikan kepada orang lain.

Dah tengok video tersebut? Kalau dah, apa kata korang ‘share’ video tersebut di akaun media sosial korang. Eh, tapi kenapa pula?

Sebabnya, korang berpeluang memenangi baucer membeli belah Mydin bernilai RM50! Nak ketahui lebih lanjut, korang boleh kunjungi laman rasmi mereka di Facebook dan juga Instagram.

The post “Abah Ni Pemurah Sangat,” Beras Sendiri Pun Tak Cukup, Sekeluarga Tahan Perut Jamu Tetamu Berbuka appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*