Abang “Rider” Cemas, Terperangkap Dengan Lipas Dalam Lif

lipas dalam lif

Abang “Rider” Cemas, Terperangkap Dengan Lipas Dalam Lif

Lipas merupakan sejenis serangga yang hidup dengan memakan sisa makanan yang terbiar.

Lipas biasanya hidup di kawasan yang gelap dan lembap seperti celah-celah almari dan di bawah sinki.

Disebabkan hidup dengan memakan sisa makanan dan di tempat kotor, serangga ini juga sering ‘ditakuti’ oleh ramai orang.

Seperti yang terjadi baru-baru ini, sebuah video berkenaan seorang lelaki yang cemas semasa berdepan dengan haiwan tersebut telah tular di media sosial.

Menerusi perkongsian video oleh seorang pengguna TikTok @usuvke, lelaki itu telah menunjukkan kehebatannya dalam cubaan menjauhkan diri daripada haiwan berkenaan.

Menurut klip TikTok yang dimuat naik pada 5 Mei lalu, pengguna itu dipercayai berada dalam lif sebuah bangunan.

Lelaki itu kelihatan seperti sedang membuat penghantaran makanan kerana dia dilihat memegang beg berisi makanan dalam video tersebut.

Pada awalnya, lipas itu kelihatan berada di hujung kabin sebelum mula berjalan.

Lipas itu kemudiannya dilihat berjalan di sekeliling lif tersebut untuk mencari jalan keluar.

Kredit TikTok

Lipas mula bergerak mencari jalan keluar dari lif

Lelaki yang panik itu kemudian dilihat memanjat lif tersebut dalam cubaan melarikan diri daripada lipas berkenaan.

Kredit TikTok

Bukan setakat memanjat lif, lelaki itu juga sempat kedengaran menjerit dengan nada tinggi sebelum memaki lipas berkenaan.

Rakaman juga bergerak dengan agak kelam kabut sewaktu lelaki itu sedang melakukan cubaan melarikan dirinya memanjat lif berkenaan.

Kredit TikTok

BACA: Wanita Datang Klinik Mengadu Tak Selesa, Doktor Terkejut Temui Lipas ‘Menyorok’ Dalam Alat Sulitnya

Sebaik sahaja lif itu tiba ke destinasi yang dituju, lelaki itu dengan pantas melompat keluar dari lif berkenaan.

Di ruangan komen, pengguna berkongsi bahawa kejadian pertemuan menakutkan dengan lipas itu berlaku di sebuah blok di Bedok, Singapura.

“Sebelah tangan pegang nyawa tersayang dan sebelah tangan lagi pegang kamera untuk merakam. Terbaik,” tulis seorang netizen.

“Bayangkan bila dia sudah mula terbang,” tulis seorang netizen bergurau.

“Sama, saya pun akan buat macam tu. Kalau lif buka di mana-mana level, saya akan terus keluar,” tulis seorang lagi yang setuju dengan aksi lelaki tersebut.

@usuvke

let me work in peace

♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

Sumber: TikTok via @usuvke

The post Abang “Rider” Cemas, Terperangkap Dengan Lipas Dalam Lif appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*