AGRICO Qatar Sedia Melabur Dalam Sektor Pertanian Malaysia

PUTRAJAYA, 30 JANUARI 2023 – YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian  dan Keterjaminan Makanan telah menerima kunjungan hormat daripada Ahmad Hussen  Al-Khalaf, Pengerusi dan Pengasas Agrico for Agricultural Development Company (Agrico  Qatar) pada 30 Januari 2023 di Putrajaya.  

Agrico Qatar adalah merupakan syarikat yang mempunyai kepakaran dalam pengeluaran  sayur-sayuran dan buah-buahan organik serta akuakultur dan pengurusan sisa organik.  Semasa lawatan YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Perdagangan Antarabangsa dan  Industri ke Qatar pada 26-29 Mac 2022 yang lalu, Agrico Qatar telah menyatakan  hasratnya untuk melabur dalam sektor pertanian bagi pembangunan buah-buahan  berkualiti premium dan fasiliti pengeluaran sayur-sayuran di Malaysia. 

Sehubungan itu, pertemuan antara Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan  Pengerusi Agrico Qatar kali ini adalah merupakan susulan terhadap cadangan kerjasama  antara Agrico Qatar dalam sektor pertanian di Malaysia tersebut. Agrico Qatar melalui  anak syarikatnya Agrico Malaysia Sdn. Bhd. bersedia untuk melabur dan menjalinkan  kerjasama dalam sektor pertanian dengan Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian  Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) terutamanya melalui projek akuakultur,  pertanian bersepadu, bekalan baja dan makanan ternakan.  

MAFS turut bersedia untuk memudahcara kerjasama antara Jabatan atau Agensi di  bawah MAFS dengan Agrico Qatar bagi menjamin sumber makanan yang mampan dan  berterusan.  

Pertemuan ini turut dihadiri oleh wakil Pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri dan wakil  Kedutaan Qatar di Malaysia serta pegawai-pegawai kanan MAFS.

The post AGRICO Qatar Sedia Melabur Dalam Sektor Pertanian Malaysia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*