Ahli Ekonomi Jangka Pertumbuhan Sederhana 4.7 Peratus Bagi KDNK Malaysia 2023

pertumbuhan KDNK Malaysia

Pakar ekonomi jangka kadar pertumbuhan sederhana sebanyak 4.7 peratus KDNK Malaysia bagi tahun 2023. Pembukaan sempadan bawa impak positif.

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) — Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh pada kadar sederhana 4.7 peratus tahun ini di tengah-tengah penurunan inflasi secara beransur-ansur, dasar monetari yang lemah dan harga komoditi yang berada di bawah paras sewajarnya, kata seorang ahli ekonomi.

Namun begitu, Ketua Ekonomi ANZ Bank (Asia Tenggara dan India), Sanjay Mathur mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan kekal dengan reputasi yang baik kerana tahun 2022 merupakan tahun yang sangat kukuh bagi Malaysia susulan pembukaan semula sempadannya, di samping banyak perkembangan positif yang lain.

“Kami juga berpendapat bahawa pengetatan dasar monetari (Bank Negara Malaysia) akan berakhir, dan menjangka inflasi — yang tidak pernah menjadi masalah yang sangat serius di Malaysia — akan reda sedikit masa lagi.

“Saya fikir kombinasi pertumbuhan dan inflasi memberi petanda baik untuk Malaysia sekarang,” katanya kepada Bernama di luar Sidang Kemuncak Inovasi Kewangan Asean di di sini hari ini.

Mathur merupakan salah seorang penceramah pada sidang kemuncak itu, yang mana beliau menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Melepaskan trend paling penting untuk perniagaan global dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang dan bagaimana memberi kesan kepada ASEAN’.

BACA JUGA: Suasana Di Turkiye Kini Tak Ubah Seperti Di Medan Perang

Daripada faktor luaran pula, beliau berkata pembukaan semula sempadan China menyokong ekonomi Malaysia, terutamanya dari segi pelancongan.

Sementara itu, beliau menjangkakan industri perbankan dan kewangan Asean akan menyaksikan penggabungan di antara bank konvensional dan digital untuk memberi daya saing kepada pasaran yang besar, sambil menyatakan bahawa industri kini sedang mengalami persaingan yang berbeza, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat global.

Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa memandangkan kemajuan pesat dalam teknologi di seluruh dunia, pemain tradisional juga perlu melihat teknologi baharu untuk terus menyampaikan perkhidmatan yang paling berkualiti.

“Saya juga berfikir dalam satu tempoh masa, kita akan bergerak ke bidang seperti bagaimana proses kelulusan kredit boleh dilakukan di antara apa yang boleh dilakukan oleh bank digital dan apa yang boleh dilakukan oleh bank konvensional,” tambahnya.

Sumber: BERNAMA 

The post Ahli Ekonomi Jangka Pertumbuhan Sederhana 4.7 Peratus Bagi KDNK Malaysia 2023 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*