Ahli Paleontologi Temui Tapak Perkuburan Tertua Di Dunia

Tapak perkuburan tertua dunia

Ahli Paleontologi Temui Tapak Perkuburan Tertua Di Dunia

Tapak pengebumian tertua di dunia yang mengandungi mayat manusia yang mempunyai otak bersaiz kecil dilaporkan telah ditemui di Afrika Selatan, lapor Wion.

Menurut laporan agensi berita AFP, sepasukan pakar Palentologi yang diketuai oleh Lee Berger berkata bahawa mereka telah menemui beberapa spesimen Homo-naledi.

Ia turut dijumpai bersama hominid Zaman Batu yang tertimbus kira-kira 30 meter di bawah tanah dalam gua Craddle of Humankind. Gua tersebut merupakan sebuah tapak warisan dunia UNESCO berhampiran Johannesburg.

Dalam satu siri kerta pracetak yang akan diterbitkan dalam eLife, para penyelidik berkata: ” Ini adalah perkuburan paling kuno yang pernah direkodkan dalam rekod hominin, lebih awal daripada bukti pemakaman Homo sapiens sekurang-kurangnya 100,000 tahun.”

Penemuan terbaru ini telah mencabar pemahaman semasa evolusi manusia.

Pengebumian tertua yang pernah ditemui sebelum ini adalah di Timur Tengah dan Afrika, dimana tapak itu mengandungi mayat Homo sapiens dan berusia sekitar 100,000 tahun.

Perkuburan yang ditemui di Afrika Selatan pula bermula sejak sekurang-kurangnya 200,000 tahun SM.

Apa itu Homo naledi?

Homo naledi ialah spesies primitif yang dikatakan merupakan spesies campuran antara beruk dan manusia moden, yang mempunyai otak sebesar buah oren. Mereka juga dikatakan mempunyai ketinggian kira-kira lima kaki.

AFP melaporkan bahawa spesies itu mempunyai jari tangan dan kaki yang melengkung. Tangan dan kaki itu bertujuan untuk memegang alatan yang dibuat untuk berjalan.

Spesies ini dinamakan bersempena dengan sistem gua “Rising Star” di mana tulang pertama ditemui pada 2013.

Ukiran berbentuk geometri, termasuk “angka hashtag kasar”, juga ditemui pada permukaan tiang gua yang sengaja dilicinkan berhampiran lokasi penemuan.

Bercakap kepada AFP, Lee Berger berkata: “Ini bermakna bukan sahaja manusia tidak unik dalam pembangunan amalan simbolik, malah mungkin tidak mencipta tingkah laku sedemikian.”

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Kenyataan itu membingungkan dunia paleontologi, dimana Berger sebelum ini menghadapi tuduhan kurang ketegasan saintifik dan membuat keputusan yang tergesa-gesa.

Pada tahun 2015, Berger mula mencadangkan idea bahawa Homo naledi mungkin mempunyai kepala melebihi saiz yang dicadangkan.

“Ia terlalu berat untuk difahami oleh saintis pada masa itu. Kami fikir ia semua terikat dengan otak besar ini. Kami akan memberitahu dunia bahawa itu tidak benar,” katanya.

Sumber: Wion

The post Ahli Paleontologi Temui Tapak Perkuburan Tertua Di Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*