Ahli Seismologi Turkiye Ramal Gempa Bumi Kuat Seterusnya Dekat Dengan Pelabuhan Canakkale

Gempa Bumi Pelabuhan Canakkale

Ahli Seismologi Turkiye Ramal Gempa Bumi Kuat Seterusnya Dekat Dengan Pelabuhan Canakkale

ISTANBUL, 9 Feb (Bernama) — Gempa bumi kuat baharu mungkin berlaku tidak lama lagi di kawasan pelabuhan Canakkale Turkiye di Laut Marmara susulan peningkatan aktiviti seismik di sana, kata ahli seismologi Turkiye Dogan Perincek kepada Agensi Berita Sputnik pada Khamis.

Pada Isnin, dua gempa bumi masing-masing bermagnitud 7.7 dan 7.6 magnitud melanda selatan Turkiye.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menyifatkan bencana itu sebagai gempa bumi paling kuat sejak 1939.

“Sejak 10 hari lepas, saya merekodkan peningkatan aktiviti seismik di Canakkale dari arah Laut Marmara. Saya terlibat dalam pemantauan harian dan analisis aktiviti seismik di negara ini menggunakan peta khas selama lebih 10 tahun. Tiga tahun dari sekarang, saya meramalkan gempa bumi di Canakkale,” kata saintis itu.

Menurut anggaran Perincek, mungkin gempa berukuran antara tujuh skala Richter melanda sekali setiap 250 tahun dan gempa bumi terakhir di kawasan itu berlaku 287 tahun lalu.

“Masanya akan tiba, gegaran boleh bermula di sana pada bila-bila masa. Pemerhatian saya di Laut ​Marmara mengesahkan andaian ini,” kata pakar seismologi itu.

Sumber: BERNAMA

The post Ahli Seismologi Turkiye Ramal Gempa Bumi Kuat Seterusnya Dekat Dengan Pelabuhan Canakkale appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*