Ahli Teori Konspirasi Dakwa Kesan ‘Bigfoot’ Setinggi 7.5 Kaki Dalam Google Earth

Bigfoot di colorado

Sebahagian ahli teori konspirasi di US percaya bahawa mereka telah mengesan makhluk misteri Bigfoot setinggi 7.5 kaki yang berkeliaran di hutan di Colorado, lapor The Mirror.

Segalanya bermula dengan sekeping gambar daripada Google Earth yang dimuat naik di Reddit memaparkan imej seakan seekor beruang besar melalui kawasan hutan, sebelum ia mula dibincangkan dengan pelbagai teori.

Menurut dakwaan ahli konspirasi, penampakan Bigfoot itu berada pada koordinat 38°16’24” B. 108°08’32 di barat Colorado di mana makhluk itu dilihat sedang berjalan di kawasan lapang berhampiran beberapa tumbuh-tumbuhan.

Sementara itu seorang orang awam berkata bahawa dia mengenali kawasan itu dan pernah merasakan perasaan seram ketika berada di tempat tersebut.

“Saya sebenarnya agak biasa dengan kawasan itu. Saya tinggal di Montrose selama 26 tahun dan pernah berkhemah dan mendaki di Dataran Tinggi Uncompahgre.

“Terdapat satu bahagian pada pendakian gelung itu yang kadangkala memberi saya laluan dengan cara yang tidak jelas dan tidak dapat ditentukan.

“Saya tidak tahu tentang imej itu, tetapi saya tahu bahawa Dataran Tinggi Uncompahgre adalah tempat yang besar dan lasak,” katanya.

Gambar: Google Earth via The Mirror
Bigfoot Sebesar 7.5 Kaki
Kredit: The Mirror

Menurut pakar Bigfoot, Thomas Markum dia mengatakan bahawa makluk itu jarang menyerang manusia namun tidak dinafikan bahawa ia boleh membunuh manusia seperti yang kita tahu akan kekuatannya dipercayai tidak dapat ditandingi.

Tambahnya, sekiranya Bigfoot menyerang manusia, peristiwa itu akan dilihat sebagai sesuatu yang aneh kerana ia dipercayai jarang berlaku.

“Walaupun Bigfoot berpotensi untuk membahayakan manusia, namun ia seperti perkara  yang tidak pernah berlaku.

“Terdapat laporan sejarah mengenai serangan tetapi kebanyakannya hanya selepas manusia menembak kaki makhluk tersebut,” maklumnya.

Memetik The Mirror, sekiranya Bigfoot adalah ‘pembunuh’, perkara itu akan menyukarkan mereka untuk mendapatkannya ekoran daripada banyak pertemuan berkaitan Bigfoot baru-baru ini.

Difahamkan, Bigfoot digambarkan seperti seekor beruk yang dikatakan tinggal di hutan sekitar Amerika Utara (US) yang telah dikesan kelibatnya selama bertahun-tahun sejak kebelakangan ini.

Kredit: The Mirror

The post Ahli Teori Konspirasi Dakwa Kesan ‘Bigfoot’ Setinggi 7.5 Kaki Dalam Google Earth appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*