

“Akhirnya Raya Dengan Abah,” Wanita Sebak Sambut Kepulangan Bapa Lepas 13 Tahun Dipenjara
Setiap kali perayaan menjelma saat yang paling manis adalah meraikan bersama keluarga tercinta. Lebih-lebih lagi sanak-saudara yang telah lama tidak pulang ke kampung halaman.
Namun dalam kegembiraan, pastinya terselit insan yang mengisi sambutan lebaran dengan linangan air mata.
Baru-baru ini tular di media sosial TikTok yang menunjukkan pertemuan seorang ayah bersama anak dan ahli keluarganya yang telah terpisah sejak sekian lama.
Anak Sambut Kepulangan Ayah
Menerusi perkongsian klip oleh wanita yang dikenali Huda @hudaamy92 , dia bersama keluarganya telah hadir ke Penjara Kajang bagi menjemput ayahnya.
BACA JUGA: Tiga Tahun Tahan Rindu, Lelaki Menyamar Jadi “Runner” Buat Kejutan Untuk Mak Ayah
Difahamkan, ayahnya tidak bersama dengan mereka selama 13 tahun berada di dalam tahanan.
“Selama 13 tahun raya tanpa abah. Akhirnya tahun 2023 raya dengan abah,” tulis kapsyen video berkenaan.
Dalam video berdurasi 45 saat itu, Huda dilhat tidak dapat menahan sebak melihat cinta pertamanya berjalan keluar ke arahnya. Dia yang mengenakan jubah berwarna hitam memeluk erat ayahnya yang berbaju serba putih.
Momen bahagian itu turut dikongsikan bersama ahli keluarga lain yang turut sama berada di lokasi itu.
Sambut kepulangan bapa
@hudaamy92 Tahun ke lima raya tanpa ibu selama 13tahun raya tanpa abah..akhirnya tahun 2023 raya dengan abah..ibu dah tinggal kan kami 5 tahun hati abah sedih sebab keluar2 ibu dh tak ada ibu tunggu di syurga ..semoga kami sekeluarga bahagia bersama selama nya walaupun xsempurna tapi ibu masih tetap di hati kami semua
#VideoPerjalanan #fyp #foryourpage #kisahdiriku
Jelas Huda lagi, ayah merupakan satu-satunya tempat mereka mengadu selepas ibunya meninggal dunia lima tahun lalu.
“Tahun kelima raya tanpa ibu. Ibu dah tinggalkan kami 5 tahun,” katanya.
Lebih menyentuh hati, ayahnya tidak sempat bertemu dengan ibuya selepas keluar dari penjara itu.
“Hati abah sedih sebab keluar-keluar ibu dah tak ada, ibu tunggu di syurga,” katanya.
Dia mendoakan keluarganya sentiasa bersama dalam apa jua keadaan walaupun tidak lengkap.
“Semoga kami sekeluarga bahagia bersama selamanya walaupun tak sempurna tapi ibu masih tetap di hati kami semua,” tulis Huda di TikTok.
“Siapa potong bawang..” – Netizen
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak dapat menahan rasa sebak melihat pertemuan keluarga tersebut.
Kebanyakan pengguna mendoakan kebahagian keluarga itu. Tambahan lagi, sebahagian pengguna menyifatkan dirinya seorang wanita yang sabar dan cekal dalam menghadapi ujian.
Sehingga kini, video yang dimuat naik di platform tersebut telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan dan lebih 72,000 tanda “Suka” serta lebih 4,000 komen.
Sumber: TikTok @hudaamy92
The post “Akhirnya Raya Dengan Abah,” Wanita Sebak Sambut Kepulangan Bapa Lepas 13 Tahun Dipenjara appeared first on Siakap Keli.
Be the first to comment