“Aku Tak Izinkan Guna Lagu Aku Untuk Agenda Politik”- Amir Jahari

Aku tak izinkan

“Aku Tak Izinkan Kau Guna Lagu Aku Untuk Agenda Politik”- Amir Jahari

Penyanyi, Amir Jahari baru-baru ini meluahkan rasa kurang senangnya apabila ada lagunya digunakans sebagai latar muzik sebuah video yang didakwa berunsur politik.

Beliau berkata demikian menerusi siri tweet yang dimuat naik di laman Twitternya hari ini.

Menurut penyanyi itu, beliau tidak mempunyai masalah untuk lagu-lagunya diguna pakai oleh sesiapa sahaja. Namun menegaskan baawa ia tidak boleh digunakan untuk tujuan berpolitik dan mencetuskan masalah dalam kalangan masyarakat.

“Untuk kalian semua nak guna lagu OST Imaginur Hasrat, saya izinkan selagi: Bukan untuk agenda politik dan bukan untuk menjadi batu api,” tulis ciapan Amir Jahari tegas.

Ciapan itu dibuat oleh Amir Jahari dipercayai selepas satu video yang didakwa berunsur politi viral di media sosial. Dalam video yang tular itu, lagu terbaru penyanyi tersebut bertajuk ‘Hasrat’ telah diguna sebagai muzik latar.

Lagu bertajuk Hasrat itu merupakan runut bunyi bagi filem Imaginur yang sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada masa ini.

Pada awalnya Amir Jahari membalas komendi ruangan Tweet dimana video didakwa berunsur politik itu dimuat naik.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

“Aku tak izinkan kau guna lagu aku untuk agenda politik. Kau boleh pakai, tapi aku tak izinkan, pandai-pandailah jawab dalam kubur nanti,” tulis komen Amir Jahar tersebut.

Terdahulu, sebuah video didakwa berunsur politik yang menggunakan lagu ‘Hasrat’ itu tersebar di media sosial dan mendapat kritikan daripada warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Amir Jahari dalam mempertahankan karyanya. Pada pandangan mereka, Amir Jahari mempunyai hak untuk melarang mana-mana pihak daripada menyalahguna hasil seninya untuk tujuan kepentingan peribadi.

Mereka juga sempat mencadang kepada Amir Jahari untuk membuat laporan berkenaan hak cipta agar pihak Twitter boleh mengeluarkan video montage berkenaan.

Lagu Hasrat boleh didengari di laman Youtube dan sudahpun berjaya mengumpul ratusan ribu tontonan setakat ini.

Sumber: Amir Jahar via Twitter

The post “Aku Tak Izinkan Guna Lagu Aku Untuk Agenda Politik”- Amir Jahari appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*