“ALHAMDULILLAH, HIDUP SEKARANG LEBIH BERSYUKUR & TENANG SEBAB DUIT TAK HABIS LESAP” – MAWAR KARIM

Usahawan dan juga bekas isteri kepeda pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Karim telah memuat naik perkonsgsian sehingga menjadi perhatian apabila seolah memberi bayangan dia banyak menanggung keluarga ketika bergelar isteri.

Dalam perkongsian di Insta Story itu, Mawar tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun mengakui hidupnya kini lebih tenang bebanding dahulu.

“Alhamdulillah hidup sekarang lebih bersyukur dan tenang sebab duit tak habis lesap. Kalau berbanding dulu faham-faham sendirilah. Takkan nak cerita satu dunia apa yang saya kena tanggung selama itu.

“Yang penting kita tak kena tipu atau dipergunakan selama ini pun sudah Allhamdulillah,” ujar Mawar yang berkongsikan mengenai perkara itu ketika menjawab komen netizen yang mengatakan dia tidak lagi cantik seperti dulu serta kasihan dengan usahawan tersebut.

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA – SILA KLIK >>