Beransur Pulih, UAI Dibenar Keluar Dari Hospital

UAI Keluar Hospital

Beransur Pulih, UAI Dibenar Keluar Dari Hospital

KUALA TERENGGANU — Keadaan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI beransur pulih selepas dibenarkan keluar (discharge) dari wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak semalam.

Menurut isterinya, Rogayah Sulong dalam satu hantaran di Facebook mengesahkan perkara tersebut.

“Alhamdulillah ustaz dah discharge. Terima kasih pada pihak HSNZ atas layanan yang baik. Terima kasih jugak kepada kru-kru ustaz dan kepada semua yang mendoakan.

“Semoga ustaz sembuh seperti sediakala agar dapat meneruskan dakwah seperti biasa,” maklumnya di media sosial berkenaan.

Keadaan UAI Semakin Baik

Terdahulu, tahap kesihatan penceramah bebas itu dilaporkan semakin baik sejak dimasukkan ke HSNZ pada Selasa minggu lalu, lapor Sinar Harian.

Menurut sumber, Ustaz Azhar Idrus masih perlu menerima rawatan walaupun keadaannya dilihat beransur baik.

BACA : Pembatalan Ceramah Ustaz Wadi: JAIS Kesal Ada Pihak Buat Hantaran Kurang Tepat

Tambah sumber, disebabkan keadaan Ustaz Azhar Idrus yang tidak mengizinkan ketika itu, semua jadual kuliah dan ceramah terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

“Marilah sama-sama kita mendoakan supaya Ustaz Azhar Idrus kembali sihat seperti sedia kala dan dapat meneruskan kerja-kerja dakwah serta menyampaikan ilmu agama seperti biasa,” jelasnya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

UAI Dimasukkan Ke Hospital

Sebelum ini, penceramah bebas tersebut telah dimasukkan ke HSNZ susulan mengalami masalah kesihatan.

Tambahan lagi,  Exco Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Wan Sukairi Wan Abdullah juga sempat menziarahi Ustaz Azhar Idrus pada minggu lalu.

Perkara tersebut turut dikongsikan dalam Facebook rasminya.

“Alhamdulillah, kesihatan Murabbi Ummah, Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus semakin bertambah baik setelah menjalani rawatan di hospital

“Sewaktu ziarah Al-Fadhil Ustaz tadi, sempat juga beliau bergurau senda bersama kami sambil menceritakan kisah sakit yang sedang dilaluinya kini

“Beliau juga telah dipindahkan ke wad kelas pertama di Hospital Sultanah Nur Zahirah ini,” maklumnya dia.

BACA JUGA: “Kerja Takkan Habis,” Susah Nak Faham Penat Suri rumah, Ini Cara Nak Hargai ‘Bidadari’ Di Rumah Korang

Sumber: Facebook Rogayah Sulong

The post Beransur Pulih, UAI Dibenar Keluar Dari Hospital appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*