Aligator Berjaya Larikan Diri, Lompat Dari Balkoni Tingkat 20 Elak Jadi Lauk

aligator larikan diri

Aligator Berjaya Larikan Diri, Lompat Dari Balkoni Tingkat 20 Elak Jadi Lauk

Seekor aligator dilaporkan berjaya melarikan diri dari dimasak dan dijamah tuannya dengan melompat daripada balkoni pada ketinggian 20 tingkat sebuah bangunan, lapor Metro UK.

Kamera pengawasan berjaya merakam detik seekor aligator sepanjang satu meter itu jatuh dari sebuah bangunan tinggi di Shenshen, selatan China.

Kejadian dilaporkan berlaku pada Isnin lalu dan aligator itu terselamat selepas terjatuh di atas kanopi sebuah kedai yang berada di bawah bangunan tersebut.

Pemilik kedai itu menceritakan bahawa dia terdengar bunyi yang kuat dan kemudian bergegas keluar untuk melihatnya. Namun dia sangat terkejut selepas melihat seekor aligator hidup berada di hadapannya.

Kredit Newsflare

Polis berjaya mengesan pemilik haiwan tersebut iaitu seorang lelaki bernama Liu. Liu memberitahu bahawa dia telah menyimpan haiwan itu selama lebih sedekad sebagai haiwan peliharaannya.

Haiwan itu dipelihara bagi tujuan untuk dimakan apabila sudah sampai waktunya yang sesuai.

Menurut Liu, dia tidak mengetahui bagaimana haiwan tersebut berjaya melarikan diri dari flat itu kerana tiada sesiapa di rumah ketika kejadian itu berlaku.

Liu juga sempat menyatakan permohonan maafnya kepada jiran-jiran atas kejadian yang menakutkan itu.

Kredit Newsfare

Ekoran daripada penemuan haiwan itu, pihak pengurusan rumah flat tersebut telah menjalankan pemeriksaan jika masih terdapat penduduk yang memelihara haiwan yang berbahaya.

Aligator diserahkan kepada jabatan perikanan tempatan

Aligator itu juga dilaporkan telah diserahkan kepada jabatan perikanan tempatan untuk menjalankan siasatan ke atas penemuan tersebut.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan seekor buaya telah ditemui dalam keadaan beku di taman bandar New York. Buaya itu dipercayai telah menjadi mangsa penderaan haiwan yang tragis oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Buaya itu dikatakan telah ditemui di Taman Prospek Brooklyn pada 19 Februari lalu.

Haiwan itu ditemui berenang di Tasik Prospect Park pada suatu pagi di mana suhu purata ketika itu sekitar 2 darjah celcius.

Menurut renjer bertugas, mereka percaya bahawa buaya itu merupakan seekor remaja betina dan sepanjang 4 kaki. Ia dipercayai merupakan haiwan peliharaan eksotik yang ditnggalkan oleh seseorang di taman itu.

Pada awalnya haiwan itu sedang beransur pulih dalam tempoh dua bulan berikutnya. Namun haiwan itu akhirnya mati pada penghujung April yang lalu.

Sumber: Metro UK

The post Aligator Berjaya Larikan Diri, Lompat Dari Balkoni Tingkat 20 Elak Jadi Lauk appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*