Ambil iktibar sejarah untuk keamanan dunia

SAUDARA PENGARANG,

KEAMANAN merupakan satu keadaan yang mana bebas daripada kacau-bilau seperti peperangan, pergaduhan dan perbalahan. Keamanan juga membawa maksud bebas daripada gangguan atau sesuatu yang tidak menyenangkan. Ini juga kita boleh lihat bahawa keamanan merupakan satu keadaan yang diidamkan oleh setiap manusia dalam hidup.

Begitu banyak iktibar boleh kita semua lihat yang memberi manfaat. Pertama, keamanan dan keselamatan negara melalui konsep zon aman, bebas dan berkecuali (Zophan). Konsep ini merupakan pengisytiharan yang ditandatangani Menteri Luar bagi negara-negara ASEAN iaitu Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand pada 1971 di Kuala Lumpur bagi menjadikan Asia Tenggara kawasan yang aman, bebas dan berkecuali daripada pertelingkahan politik kuasa-kuasa besar khususnya Amerika Syarikat (AS), Russia dan China.

Tanpa Zophan, ia boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara-negara ASEAN. Antara strategi utama yang dilaksanakan ialah mengundurkan tentera asing dari kawasan Asia Tenggara dalam jangka masa panjang. Seterusnya, menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan yang bebas daripada senjata nuklear.

Kedua, kerajaan mestilah bergiat aktif dalam menghantar bantuan misi kemanusiaan di negara-negara bergolak. Ia dapat mengurangkan beban terpaksa ditanggung oleh mereka yang sedang berada di negara-negara bergolak seperti Palestin dan Iran.

Ketiga, kita mestilah sentiasa menghormati hak asasi manusia dan bekerjasama dengan negara-negara lain dalam usaha mengekang keganasan demi mengekalkan keamanan dunia. Jangan sewenang-wenangnya melanggar dan mencabuli hak asasi orang lain.

Dengan itu, saya berharap negara-negara di seluruh dunia dapat menjaga keterbatasan daripada perkara-perkara yang boleh menggugat keamanan sesebuah negara. Kita perlu belajar dan mengambil iktibar daripada setiap apa yang berlaku. Hanya melalui cara ini, kita akan sedar bahawa peperangan yang dicetuskan sama sekali tidak mendatangkan keamanan bersama.-UTUSAN

NURUL AMAL
Universiti Malaya

The post Ambil iktibar sejarah untuk keamanan dunia appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*