Amerika Dedah Detik Jet Rusia ‘Belanggar’ Dengan Dron Miliknya

dron amerika rusia

Amerika Dedah Detik Jet Rusia ‘Belanggar’ Dengan Dron Miliknya

Amerika Syarikat hari ini mendedahkan rakaman dron MQ9-Reaper miliknya ‘berlanggar’ dengan jet pejuang Rusia dan terhempas di Laut Hitam semalam.

Rakaman berkenaan menunjukkan detik-detik genting insiden tersebut yang didakwa Pentagon berlarutan selama 30 hingga 40 minit.

Menurut CNN, Rakaman itu diambil menggunakan kamera dron tersebut yang dihalakan ke bahagian ekor dan bilah kipas enjinnya. Kemudian, ia merakam kehadiran jet pejuang SU-27 milik Rusia dari belakang. Jet pejuang berkenaan dirakam membuang minyak di udara ketika menghampiri dron tersebut.

Dalam sambungan rakaman, jet pejuang Rusia dirakam mengulangi pergerakan yang sama. Rakaman berkenaan kemudian terganggu dipercayai akibat impak kipas pada enjin dron tersebut berlanggar dengan pesawat pejuang tersebut.

Rakaman kemudian kembali semula dan merakam bilah kipas dron tersebut sudah lagi tidak berputar. Dengan bilah kipas yang sudah rosak, pengendali dron dilapor tidak lagi mampu mengendalikan dron tersebut dan hanya meluncur di udara.

Rakaman detik jet pejuang Rusia berlanggar dengan dron Amerika didedahkan

Insiden itu menyebabkan Tentera Udara Amerika Syarikat kehilangan kawalan ke atas dron tersebut dan terpaksa menghempaskannya ke laut. Rusia bagaimanapun menafikan perlanggaran terbabit berlaku.

Pegawai tentera mengesahkan pengendali dron sempat memadam semua perisian dan data sensitif dron tersebut sebelum ia terhempas. Ia bagi mengelakkan risiko maklumat berkenaan jatuh ke tangan pihak musuh.

Insiden itu menjadi insiden pertembungan pertama aset tentera Rusia dengan Amerika Syarikat sejak negara itu melancarkan operasi ketenteraan khas ke atas Ukraine.

Tiada kata putus dari pentadbiran Joe Biden

Setakat ini, pentadbiran Joe Biden belum mengumumkan apa tindakan yang bakal diambil ke atas Rusia. Pemerhati beranggapan Amerika mungkin tidak mahu memanaskan lagi situasi semasa. Apatah lagi, Rusia selepas insiden itu juga mengingatkan bahawa hubungan kedua-dua negara berada pada tahap ‘paling bawah’ ketika ini.

Seorang pegawai tertinggi pentadbiran Biden berkata rakaman itu mengesahkan apa yang berlaku. Namun mereka tidak tahu sama ada tindakan juruterbang jet pejuang Rusia itu adalah disengajakan.

Dalam pada itu, koordinator Konsul Keselamatan Kebangsaan, John Kirby berkata Amerika Syarikat belum berjaya mendapatkan semula bangkai dron tersebut. Malah, dia juga tidak pasti bagaimana pihaknya mahu mendapatkan bangkai dron itu.

Manakala Rusia pula menyatakan secara jelas bahawa pihaknya akan cuba mendapatkan bangkai dron berkenaan. CNN melaporkan bahawa aset tentera Rusia sudah pun berada di sekitar lokasi kejadian.

Rusia dan Amerika Syarikat dilapor sedang berkomunikasi menerusia saluran diplomatik dan ketenteraan sejak insiden itu berlaku.

BACA: Amerika Dakwa Jet Pejuang Rusia Punca Dron Miliknya Terhempas

Smber: Clash News via Twitter

The post Amerika Dedah Detik Jet Rusia ‘Belanggar’ Dengan Dron Miliknya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*