Amsterdam Bakal Haramkan Penggunaan Ganja Di “Red Light District”

Amsterdam haramkan ganja

Amsterdam Bakal Haramkan Penggunaan Ganja Di “Red Light District”

Amsterdam akan haramkan penggunaan ganja di daerah berlampu merah di bawah peraturan baharu yang diumumkan oleh bandar tersebut.

Berdasarkan laporan BBC, undang-undang itu akan berkuat kuasa mulai pertengahan Mei depan.

Ia bertujuan untuk meningkatkan kesesuaian cara hidup penduduk yang mengadu tentang gangguan disebabkan oleh pelancong.

Pekerja seks juga perlu menutup tempat mereka pada pukul 3 pagi.

Media tempatan melaporkan hampir semua ahli majlis menyokong tindakan untuk mengurangkan gangguan kepada penduduk tersebut.

Selain itu, majlis bandar raya itu juga mengumumkan pada hari Khamis lalu bahawa restoran dan bar perlu ditutup pada pukul 2 pagi setiap hari Jumaat dan Sabtu. Pelawat baharu juga tidak akan dibenarkan masuk ke daerah bandar lama selepas pukul 1 pagi.

Amsterdam juga kini telah mengharamkan penjualan arak di kedai dan kafe yang berada di daerah lampu merah dari Khamis hingga Ahad selepas jam 4 petang.

Pihak majlis akan meminta vendor untuk mengeluarkan seluruh alkohol atau menyembunyikannya dari kedai mereka pada masa tersebut.

BACA: Penjara 5 Tahun Jika Didapati Miliki “Vape” Di Thailand – Peguam

Pengambilan alkohol di kebanyakan kawasan awam di Amsterdam adalah diharamkan.

Ibu kota Belanda itu terkenal dengan kafe ganjanya dan menarik berjuta-juta pelancong setahun.

Namun penduduk tempatan mengadu bahawa perkara itu telah menyebabkan penyalahgunaan dadah dan alkohol lalu meningkatkan kadar jenayah.

Di bawah undang-undang semasa di Belanda adalah satu kesalahan jenayah untuk memiliki, menghasilkan atau menjual dadah.

Walau bagaimanapun, Belanda mempunyai “dasar toleransi” yang membenarkan kedai kopi menjual ganja di bawah syarat yang ketat.

Salah satu syaratnya ialah kedai kopi tidak boleh menimbulkan sebarang gangguan dan kerajaan telah mengarahkan untuk berhenti menarik pengguna dadah asing.

Sebagai tambahan kepada undang-undang baharu tersebut, majlis Amsterdam akan melancarkan kempen “menjauhkan diri” pada musim bunga.

Kempen itu menyasarkan pelancong yang melancong ke ibu negara tersebut untuk tujuan dadah, alkohol dan seks.

Terdahulu Siakap Keli pernah melaporkan sebuah berita berkenaan larangan penggunaan vape di negara Thailand.

Memetik The Nation Thailand, seorang peguam selebriti memberi amaran bahawa sesiapa yang ditangkap memiliki rokok elektronik di Thailand bakal berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun termasuk denda yang berat.

Amaran itu dikeluarkan oleh peguam bernama Ronnarong Kaewpetch yang sering mengulas isu hangat melalui perkongsian di media sosial Facebook miliknya dan juga televisyen.

Ronnarong memberi amaran bahawa orang yang ditangkap menggunakan ‘vape’ di Thailand boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun dan denda empat kali ganda harga peranti tersebut.

Tambahnya lagi, hisap ‘vape’ di khalayak ramai juga melanggar undang-undang di bawah Seksyen 42 Akta Kawalan tembakau. Hukuman denda sebanyak 5,000 baht (RM 645) boleh dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah.

Sumber: BBC 

The post Amsterdam Bakal Haramkan Penggunaan Ganja Di “Red Light District” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*