Anak-anak terlalu rindukan Abi – Noor Idayu

TAIPING – Suasana yang dahulunya ceria kini agak suram selepas suaminya, Muhammad Amir Mohd Yusoff, 32, meninggal dunia selepas dirempuh ketika menyaksikan acara permotoran di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah pada penghujung Disember lalu.

Isterinya, Noor Idayu Yunus, 29, berkata, dahulu ketiga-tiga orang anaknya, Damia Infishar, 6; Yusuff Mikhail, 3, dan Damia Inara, 1, sentiasa ceria menantikan kepulangan suaminya.

“Sekarang suasana agak suram dan saya dapat rasakan betapa rindunya anak-anak ini kepada Abi mereka.

“Ketiga-tiganya memang amat rapat dengannya dan apa yang menimpa ke atas suami telah saya ceritakan kepada anak -anak tanpa menyembunyikan daripada pengetahuan mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dia berkata demikian selepas menerima cek replika bernilai RM2,000 bagi Faedah Pengurusan Mayat (FPM) yang disampaikan oleh Pengarah Perkeso Negeri Perak, Zainal Ismail di Taman Saujana Permai, Kamunting, disini.

Menurut Noor Idayu, dia akan tetap meneruskan perniagaan yang telah diusahakan oleh suaminya.

“Segala usaha yang telah dijalankan akan saya teruskan dan amanah yang ditinggalkan ini akan dipelihara terutamanya dalam menjaga anak -anak.

“Segala susah senang hidup bersamanya selama hampir lapan tahun (Febuari ini) telah kami jalani berdua, terutamanya ketika menghadapi kesukaran pada zaman pandemik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Anak-anak terlalu rindukan Abi – Noor Idayu appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*