Anak Comfirm Suka! 8 Resepi Aiskrim Homemade Buat Sendiri Di Rumah

Bagi pengemar aiskrim, seleksi aiskrim homemade yang mudah dan sedap ini boleh cuba hasilkan di rumah untuk anak-anak. Sesuai dinikmati dikala cuaca yang panas. Tidak menggunakan banyak bahan malah rasanya juga lebih sedap dan menjimatkan. Cubalah. Pasti puas hati.

1.AISKRIM GEBU

BAHAN-BAHAN:
1 tin susu cair  
2 sudu makan susu pekat  
1 sudu makan ovalette
1 sudu teh esen vanilla  

CARA MEMASAK:
1.Campurkan semua bahan dan pukul hingga gebu.
2. Boleh bahagikan abeberapa bahagian da warnakan dan hias ikut kreativiti anda.
3. Simpan dalam peti beku semalaman sebelum dinikmati.

Kredit resipi & foto: Norliyana Rosli

 

2. AISKRIM STRAWBERI ALA CAMERON

BAHAN-BAHAN:
Buah strawberi
Gula

CARA MEMASAK:
1.Kisar strawberi kemudian masak menggunakan gula hingga larut.
2.Tuang ke dalam plastik aiskrim dan ikat kemas.
3. Bekukan dan boleh dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mehirun Nassa Mira

 

3. AISKRIM TEMBIKAI LAICI

BAHAN BAHAN:
Buah tembikai
Laici tin
Gula

CARA MEMASAK:
1.Kisar isi tembikai, air laici dan gula sampai halus.
2.Kemudian masukkan dalam jug.
3. Masukkan isi laici yang dipotong kecil ke dalam plastik aiskrim.
4. Tuang jus tembikai ke dalam plastik aiskrim simpul kemas.
5. Bekukan dalam peti sejuk dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Che Marlyah Ina Saad

 

4. AISKRIM MILO HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

1 tin susu cair  
2 sudu makan susu pekat manis  
1 sudu makan ovalette
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan milo

CARA MEMASAK:

1.Satukan susu cair, susu pekat manis, ovalette dan esen vanilla di dalam blender. Kisar hingga pekat.
2. Kemudian masukkan milo. Kisar lagi hingga semua bahan sebati.
3. Tuang ke dalam bekas dan bekukan dalam peti sejuk selama 24 jam sebelum dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nana Mfy

 

5. AISKRIM COKLAT HERSHEY’S

BAHAN-BAHAN:
1 tin susu cair
2 sudu makan susu pekat manis
1 penutup esen vanilla  
2 sudu makan ovalette
1 cawan Hershey’s Chocolate Syrup

CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan dalam blender atau mixer. Kisar selama 5 minit hingga semua bahan sebati dan teksturnya menjadi gebu.
2. Masukkan dalam bekas dan bekukan semalaman.
3. Jika ada mesin aiskrim, boleh juga digunakan untuk membuat aiskrim ini.

Kredit resipi & foto: Azarimah Ismail

 

6. AISKRIM ASAM BOI ( sukatan 32 batang)

BAHAN-BAHAN:
2.5 liter air
2 1/2 cawan gula (boleh tambah/kurangkan)
32 biji asam boi
3 sudu makan tepung jagung (supaya aiskrim gebu)
Kordial asam masin secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Bancuh semua bahan terlebih dahulu supaya tepung jagung larut.
2. Kemudian masak bancuhan tadi sehingga mendidih. Tutup api.
3. Tapis bancuhan yang dimasak tadi bagi mengasingkan asam boi.
4. Masukkan asam boi yang ditapis tadi ke dalam plastik aiskrim.
5. Apabila air asam boi sudah suam, masukkan ke dalam plastik aiskrim. Bekukan.

Kredit resipi & foto: Noy Yullan

 

7. AISKRIM HOMEMADE #CARAKAKJU

BAHAN-BAHAN:
1 cawan dairy whipping cream
1/2 cawan susu full cream/ susu sejat/ susu cair (jika tiada whipping cream boleh guna susu 1½ cawan)
1/4 cawan susu pekat manis
1 penutup esen vanilla
Perisa/ emulco pilihan
Pewarna pilihan

CARA MEMASAK:
1. Pukul kesemua bahan (kecuali emulco dan pewarna pilihan) sampai kembang dan gebu. Boleh juga guna pengisar kalau tiada mixer.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.
3. Masukkan emulco dan pewarna pilihan. Contoh buat 3 bahagian. 1 bahagian guna perisa asal (vanilla), masukkan crushed Oreo. 1 bahagian perisa strawberi diwarnakan pink dan 1 bahagian lagi letak emulco coklat.
4. Tuang ke dalam bekas dan simpan dalam peti beku sekurang-kurangnya 4 jam
5. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Jue Riana Yusoff

 

8. AISKRIM SOLERO

BAHAN A (AISKRIM LIMAU):
3 cawan air
¹/1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan limau nipis
Sedikit pewarna hijau
1 sudu makan tepung jagung  

BAHAN B (AISKRIM VANILLA)
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat manis
2 cawan air kosong
1 sudu makan esen vanilla
1 sudu makan tepung jagung

CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan aiskrim limau, kacau sebati dan panaskan hingga mendidih. Sejukkan.
2. Campurkan juga bahan B dalam periuk berasingan. Panaskan hingga mendidih dan sentiasa kacau untuk elak tepung berketul. Biarkan sejuk.
3. Selepas masak perisa limau dan vanilla, rasa terlebih dahulu untuk cukupkan perisa yang tidak cukup.
4. Masukkan bancuhan aiskrim limau terlebih dahulu ke dalam plastik aiskrim hingga separuh. Nak mudah, guna corong.
5. Pusingkan/kepitkan plastik di tengah-tengah sebelum masukkan bancuhan aiskrim vanilla. Penuhkan sampai hujung plastik.
6. Kemudian lepaskan ikatan perlahan2 dari tepi. Jangan biar adunan hijau dan putih bercampur.
7. Selepas ikatan dibuka, baringkan plastik aiskrim seketika sebelum diikat kemas. Ikat perlahan-lahan supaya bancuhan tidak bercampur.
8. Ikat plastik dengan kemas dan sejukkan semalaman hingga beku sepenuhnya.

BACA: Tak Sampai 10 Minit Dah Siap Masak, Sambal Ikan Menu Wajib Ada

Kredit resipi & foto: Aida Hirdayati

 

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*