Anak Dianggap Tak Faham English, ‘Saya Lebih Sayang Bahasa Kebangsaan Kita’ – Ryzal Duriankimchi

anak ryzal duriankimchi

Pasangan Malaysia-Korea, Ryzal Ibrahim dan Mariam berkongsi pengalaman musim sejuk di Korea apabila mereka pulang ke kampung halaman isterinya sejak penghujung tahun lalu.

Justeru, banyak video serta gambar-gambar dimuat naik di laman sosial mereka yang menggambarkan keindahan negara itu apabila musim sejuk tiba.

Dalam pada itu, ramai netizen tidak terkecuali untuk meninggalkan komen-komen di ruangan laman sosialnya.

Namun, Ryzal terpanggil untuk memberi keterangan dengan lebih lanjut yang dikongsikan di laman Facebook miliknya, Ryzal Ibrahim mengenai seseorang yang berasa ‘kasihan’ akan anaknya.

Individu itu dikatakan berasa kasihan dengan anaknya, Rina gara-gara tidak memahami bahasa Inggeris.

Tidak salah untuk menegur, namun bagi Ryzal penggunaan perkataan ‘kesian’ tidak sesuai untuk digunakan untuk anaknya yang baru berusia setahun.

“Rina ini baru setahun. Dia cakap pun tak fasih. Awak datang tegur babysitter dengan Rina tu saya cakap terima kasih, mungkin awak salah seorang peminat Rina. Tapi cara awak guna perkataan ‘Kesian’ tu salah sama sekali,” maklumnya.

Tambah Ryzal lagi, walaupun Rina dididik mengenal pelbagai bahasa namun sebagai seorang yang lahir di Malaysia, dia akui dirinya lebih mengagungkan bahasa ibunda sebagai keutamaan.

“Sebagai bapa yang berbangsa Melayu, saya lebih sayangkan Bahasa Kebangsaan kita. Saya berkomunikasi dengan anak menggunakan Bahasa Melayu, Korea dan terakhir sekali English.

“Rina faham sahaja English, malah saya gunakan British English di rumah apabila berkomunikasi. Bukan English berterabur “adik, wear your kasut“.

“Kadang-kadang saya cakap dialek Kelantan supaya Rina tahu dari mana ayah dia datang,” katanya.

Anak Dianggap Tak Faham English
Kredit: Ryzal Ibrahim | Facebook

Dalam kenyataan yang sama, Ryzal juga mengatakan bahawa dia tidak akan berasa malu atau kasihan sekiranya Rina tidak memahami bahasa Inggeris.

Menurut Ryzal, sebaliknya dia lebih berasa kasihan terhadap golongan yang mengagungkan bahasa asing sehingga lupa asal-usul bahasa ibunda.

“Andaikata Rina tak faham English pun, saya tak malu dan tak kesian. Yang saya kesian kita bangsa Melayu terlalu agungkan bahasa asing sehingga lupa identiti bangsa sendiri.

“Bangga dengan anak boleh berbahasa Inggeris tapi tidak faham Bahasa Melayu, itu yang malu dan kesian,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, Ryzal turut memberi nasihat kepada umum, “Anda boleh belajar sebanyak bahasa yang anda mampu, tetapi jangan lupa identiti bangsa sendiri,”

Sementara itu Ryzal menambah luahannya di ruangan komentar dengan menceritakan tentang realiti penggunaan bahasa Inggeris di beberapa negara luar, khususnya Korea sendiri.

 

Sumber: Ryzal Ibrahim

 

The post Anak Dianggap Tak Faham English, ‘Saya Lebih Sayang Bahasa Kebangsaan Kita’ – Ryzal Duriankimchi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*