Anak Kucing Termakan Cangkuk Besi Perangkap Tikus, Anggota Bomba Hulur Bantuan

Anak Kucing Termakan Cangkuk Besi

Anak Kucing Termakan Cangkuk Besi Perangkap Tikus, Anggota Bomba Sedia Hulur Bantuan

Siapa sahaja yang tidak menyayangi haiwan peliharaan mereka seperti kucing, anjing, arnab dan banyak lagi haiwan yang boleh dipelihara termasuklah haiwan eksotik.

Nilai kasih sayang ini tidak terhingga sehingga para pencinta haiwan sanggup membelanjakan ribuan ringgit semata-mata untuk memberikan kehidupan yang sempurna kepada peliharaan mereka.

Misalnya seperti barang keperluan seekor kucing termasuklah makanan, vaksin, ubat-ubatan untuk kecantikan bulu, tubuh badan, alatan mainan, tempat tinggal dan sebagainya.

Semua itu dilakukan atas dasar kasih yang sangat mendalam terhadap haiwan peliharaan mereka, justeru tidak dinafikan jika haiwan tersebut sakit, cedera ataupun mati, perkara itu akan memberikan kesan.

Anak Kucing Terperangkap
Gamabr hiasan | Kredit: Sinar Harian

Malah, seperti video yang tular baru-baru ini yang dikongsikan oleh @izzatizman_official memperlihatkan seekor anak kucing yang disyaki termakan makanan di dalam perangkap tikus sehingga menyebabkan cangkuk besi tersebut tersangkut dalam mulutnya.

Menurut @izzatizman_official, anak kucing tersebut dijumpai oleh seorang hamba Allah yang sudah pasti pencinta haiwan sehingga membawanya ke balai bomba untuk mendapatkan pertolongan bagi melepaskan anak kucing tersebut.

Pada mulanya, pihak bomba telah memotong perangkap besi tersebut (pada bahagian cangkuk besi) untuk memudahkan mereka mengeluarkan anak kucing itu dari perangkap tikus.

Setelah mengeluarkan anak kucing tersebut, pasukan bomba bertindak untuk membuka mulutnya bagi melepaskan cangkuk besi yang tersangkut pada mulutnya.

Dalam video yang berdurasi sekitar dua minit itu, luluh hati mendengar jeritan anak kucing yang menahan kesakitan sepanjang proses melepaskan cangkuk besi sehingga akhirnya dapat dipisahkan daripada mulutnya.

Tidak dinafikan banyak anggota bomba yang terlibat dalam oprerasi menyelamatkan anak kucing itu, ada yang memotong perangkap besi, memegang anak kucing dan menyuluh lampu.

Lebih menarik perhatian ada anggota bomba yang mengusap kepala anak kucing tersebut untuk memberi ketenangan kepadanya selepas kejadian perit yang ditanggungnya.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya video ini telah mendapat 1.1 juta tontonan, 115, 700 tanda suka dan 5127 komen yang ditinggalkan (setakat artikel ditulis).

Bukan itu sahaja, rata-rata komen yang ditinggalkan mengucapkan terima kasih atas pengorbanan anggota bomba yang membantu anak kucing tersebut sehingga ada warganet yang menitiskan air mata kerana sebak apabila mendengar jeritannya.

Anak Kucing Termakan Cangkuk Besi
Kredit: @izzatizman_official | Tiktok
Anak Kucing Termakan Cangkuk Besi
Kredit: @izzatizman_official | Tiktok

Berikut dilampirkan video penuh untuk tontonan semua:

@izzatizwan_official

Cerita sedih malam tadi🥺 #bombamalaysia #celorengbomba #fyp #kucingkusayang @celoreng bomba

♬ Instrumen Sedih Renungan – JUL MARUF

 

Sumber: @izzatizwan_official | Tiktok

The post Anak Kucing Termakan Cangkuk Besi Perangkap Tikus, Anggota Bomba Hulur Bantuan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*