Anak PM Dakwa Jadi Mangsa Buli Jalan Raya, Polis Cari Pemandu Iriz Disyaki Memandu Secara Berbahaya

Anak PM Dakwa Jadi Mangsa Buli Jalan Raya, Polis Cari Pemandu Iriz Disyaki Memandu Secara Berbahaya

Pihak polis sedang mengesan pemandu Proton Iriz berwarna hijau dalam sebuah video tular kerana disyaki memandu secara berbahaya dan mampu mendatangkan risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook rasmi Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), polis meminta pemandu berkenaan untuk tampil di mana-mana balai polis berdekatan untuk membantu siasatan memandangkan nombor plat kenderaan tersebut sudah pun dikenal pasti.

Terdahulu, Nurul Ilham iaitu anak keempat kepada Perdana Menteri Malaysia, memuat naik satu video berdurasi 14 saat di laman Twitternya petang tadi dan mendakwa menjadi mangsa buli jalan pemandu Proton Iriz berkenaan.

Dakwanya, kereta berkenaan kerap menekan brek beberapa kali biarpun ketika itu memandu di lorong paling kanan jalan.

”Sangat berbahaya dan saya bersama dengan dua anak kecil. Berlaku selama satu minit sebelum kereta itu menukar lorong,” katanya di Twitter.

Katanya lagi, beliau bertemu pertama kali dengan kereta tersebut ketika berada di sebuah tol ketika pemandunya membunyikan hon kepadanya ketika menuju ke lorong TnG.

”Saya memberi lampu isyarat untuk ke kiri, namun tidak melihat apa-apa isyarat kereta itu untuk ke kanan (ke lorong Smart Tag),” dakwanya lagi.

Perkongsian tersebut pantas menjadi viral dan ditonton lebih 770 ribu kali setakat ini.

BACA: Berbasikal Awal Pagi, Dashcam Rakam Basikal Tiba-tiba Belok, Nyaris Kena Langgar

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, Twitter Nurul Ilham, Sinar Harian

The post Anak PM Dakwa Jadi Mangsa Buli Jalan Raya, Polis Cari Pemandu Iriz Disyaki Memandu Secara Berbahaya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*