Connect with us

Global

Anak ‘ratah’ mak sendiri ketika mabuk & khayal dadah

Published

on

Anak ‘ratah’ mak sendiri ketika mabuk & khayal dadah..

Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama 17 tahun atas kesalahan ’meratah’ ibu kandungnya sehingga menyebabkan pinggang mangsa patah.

Mahkamah diberitahu bagaimana tertuduh yang tidak didedahkan identitinya itu, mer*gol mangsa sebanyak tiga kali yang ketika itu di bawah pengaruh dadah ‘crystal meth’.

Hakim menyifatkan jenayah itu jenayah yang terkutuk dan paling teruk sepanjang kerjayanya di bidang perundangan.

“Orang yang berada di bawah pengaruhnya (dadah) cenderung melakukan kesalahan jenayah yang serius termasuk tindakan jahat, seperti (kes) yang saya kendalikan ini.

“Sudah tentu bukan (dadah) metilamfetamin yang mer*gol ibu kamu, ia adalah kamu,” kata hakim.

Dalam kejadian yang berlaku pada November 2019, tertuduh pulang ke rumah dan merembat ibunya dengan batang paip PVC.

Mangsa yang berusia 56 tahun terjatuh, kemudian rambutnya ditarik dan diseret oleh tertuduh ke bilik tidur di mana mangsa dir*gol sebanyak tiga kali.

Selesai melakukan perbuatan terkutuk itu, tertuduh menolak mangsa dari katil dan terjatuh ke lantai sebelum beredar ke bilik lain untuk tidur, meninggalkan mangsa kesakitan sehingga pagi keesokan harinya.

Sumber: Daily Star

Advertisement

Tags

Archives

Trending