Anak Sebak, Babah Tunai Janji Beli Belon Minion

sebak belon minion

Anak Sebak, Babah Tunai Janji Beli Belon Minion

Menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak bukan perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi buat mereka yang baru sahaja nak membina kehidupan yang tidak mempunyai kestabilan dari segi kewangan.

Lantasan dengan ekonomi yang membangun pada masa kini juga tidak memudahkan lagi laluan dalam mencari rezeki disebabkan bermacam halangan yang datang.

Walau bagaimanapun, itu bukan penyebab untuk ibu bapa berhenti memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka.

Biarpun terpaksa berkorban nyawa untuk menyediakan makanan di atas meja, ibu bapa masih sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan anak.

Permintaan anak sering sahaja dipenuhi kerana tidak mahu anak mengetahui kesusahan disebalik kehidupan yang fana ini.

BACA: Nak Tambah ‘Followers’ Punya Pasal, Trend Kongsi Tips Pelik Di Media Sosial Makin Menjadi-jadi?

Detik terharu

Seperti perkongsian yang dibuat oleh @seketulputeri di TikTok, dia merakamkan detik terharu yang dilalui olehnya sebagai seorang ibu bapa.

Pada permulaan, dia menceritakan bahawa anak perempuannya menginginkan belon yang mempunyai gambar kartun, Minion.

Namun permintaan anaknya tidak dapat dipenuhi disebabkan pada ketika itu suaminya belum menerima gaji bulanan.

Mereka bertindak untuk menangguhkan pembelian itu dan berhasrat untuk membelinya sejurus menerima gaji yang diberikan oleh majikan.

Anak Sebak, Babah Tunai Janji Beli Belon Minion

Tidak lama selepas itu, dia dan suaminya membelikan belon dan juga gula-gula kapas kegemaran anaknya.

Maka disinilah bermulanya situasi yang tidak disangka berlaku di mana dia pertama kali menyaksikan reaksi yang ditunjukkan oleh anaknya.

Kredit: @seketulputeri/TikTok

Suaminya yang dipanggil Babah mula masuk ke dalam rumah, membawa gula-gula kapas berwarna biru, menghulurkan kepada anak perempuannya.

Kemudian, anaknya bertanya apa yang dibawa oleh ayahnya, sambil mengangkat makanan itu ke atas.

“Ni apa?” tanya anaknya.

Cotton candy,” jawab ayahnya.

“Babah beli dekat mana?” katanya.

“Pasar malamlah,” jawab ayahnya.

“Babah beli belon Minion tak?” tanya anaknya sekali lagi.

Nada yang diberikan agak tinggi kerana mungkin anak itu mengharap ayahnya membelikan belon itu sekali.

“Kenapa nak kena beli belon Minion pula?” gurau ayahnya.

“Tiada jual (di pasar malam) eh?” tanya anaknya lagi sambil menggelengkan kepala.

“Beli cotton candy sahaja,” jelas ayahnya.

Kemudian, wanita tersebut meminta untuk suaminya mengambil barang di luar namun sebenarnya barang tersebut ialah belon seperti yang diminta anaknya.

Wanita tersebut memulakan perbualan dengan anak itu untuk mengalihkan perhatiannya supaya tidak melihat kepada pintu.

Anak menangis, tanda sebak

Kredit: @seketulputeri/TikTok

Selepas itu, tiba di situasi yang mendebarkan di mana anak perempuannya melihat belon yang dibawa oleh ayahnya.

Dia yang tadi sedang sibuk membuat gaya ‘peace’ terdiam apabila melihat barang yang dipegang oleh ayahnya.

“Kenapa ni Babah?” tanya anaknya sekali lagi.

Boleh dilihat di video tersebut dada anak perempuanya berombak disebabkan rasa terkejut dengan pemberian ibu bapanya.

Kemudian, anak kecil itu menutup mukanya kerana tidak dapat menahan sebak lalu menangis.

Ayahnya memeluk anaknya yang sedang menangis itu dan disebabkan rasa malu, anaknya memberi alasan bahawa dia berasa ngantuk.

“Kan dah ngantuk?” tambah anaknya.

Wanita itu berkata anaknya sering menggunakan alasan sedemikian sekiranya menangis untuk ‘cover’ situasi malu itu.

Anak perempuan itu dilihat malu-malu kemudian mengucapkan terima kasih kepada ayahnya.

Video berdurasi satu minit 32 saat itu berjaya membuatkan warga maya rasa terkilan kerana sedikit sebanyak ia terkait dengan zaman kanak-kanak mereka.

Saksikan video penuh di bawah ini.

@seketulputeri

Anugerah terindah pertama mama dan babah. Tak sangka reaction dia macam tu. Sebak sebab gembira sangat agaknya #moment #anugerahterindah #loveofmylife

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Sumber: @seketulputeri/TikTok

The post Anak Sebak, Babah Tunai Janji Beli Belon Minion appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*