Anggota Polis Tular “Parking” Di Tempat OKU Telah Disaman – Polis

Polis parking tempat OKU

Anggota Polis Tular “Parking” Di Tempat OKU Telah Disaman – Polis

Tular baru-baru ini berkenaan sebuah video dan gambar yang menunjukkan sebuah motosikal milik polis diletakkan di tempat letak kenderaan OKU.

Ekoran daripada penularan video tersebut, pihak polis menerusi siaran media menyatakan bahawa pegawai polis yang meletak kenderaan di tempat tersebut telah diambil tindakan.

Berdasarkan muat naik tersebut, motosikal jenis Honda ST1300 itu milik cawangan Motoked Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah apartment Flora Damansara, Kuala Lumpur.

Hasil siasatan polis juga mendapati kejadian dipercayai berlaku pada 29 Mei lalu pada jam kira-kira 11.30 pagi.

Satu laporan polis kemudiannya dibuat pada 1 Jun, hari ini dan siasatan susulan dibawah Seksyen 79 (2) APJ 1987 telah dibuat.

Atas kesalahan itu, pegawai polis yang menunggang motosikal tersebut kemudiannya telah dikenakan tindakan saman.

Sementara itu, polis turut menasihati agar pengguna jalan raya mematuhi setiap papan tanda yang berada di atas jalan raya.

Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pengguna jalan raya tanpa mengira status

“Pihak polis tidak akan berkompromi kepada mana-mana pengguna jalan raya termasuk agensi penguatkuasa yang tidak mematuhi peraturan jalan raya,” tulis kenyataan itu.

Tambahnya, tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pengguna jalan raya yang tidak mematuhi dan melanggar undang-undang tersebut.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Terdahulu, satu siasatan dalaman akan dilakukan oleh polis terhadap seorang anggota perondanya. Ia susulan dakwaan yang menunjukkan anggota tersebut mengeluarkan saman ke atas individu yang gagal mempamerkan cukai jalan.

Kejadian dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, satu hantaran telah dikesan dimuat naik oleh seorang individu di Facebook.

Muat naik itu berhubung gambar memaparkan saman polis yang dikeluarkan terhadapnya telah dikesan oleh pihaknya.

Menurut Mohamad Fakhrudin, semakan mendapati saman yang dikeluarkan adalah atas kesalahan gagal mempamerkan cukai jalan di lokasi berkenaan. Ia telah dikeluarkan oleh anggota polis peronda pada 16 April lalu.

Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya via Facebook

The post Anggota Polis Tular “Parking” Di Tempat OKU Telah Disaman – Polis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*