Angka Korban Terkini Nahas Pesawat Nepal Meningkat Kepada 67 Orang

Nahas Pesawat Nepal: Sekurang-kurangnya 67 Terkorban

Angka Korban Terkini Nahas Pesawat Nepal Meningkat Kepada 67 Orang

KATHMANDU — Sekurang-kurangnya 67 orang daripada 72 penumpang dilaporkan terkorban dalam nahas pesawat Yeti Airlines yang terhempas di Pokhara, Nepal, hari ini, lapor AFP.

Menurut jurucakap syarikat penerbangan Yeti Sudarshan Bartaula, seramai 68 penumpang dan empat anak kapal berada dalam pesawat tersebut termasuk 15 warga asing (lima dari India, empat dari Rusia dan dua dari Korea).

Difahamkan, kapal berkenaan melakukan penerbangan dari Kathmandu sebelum dilaporkan terhempas ke dalam gaung berkenaan sekitar jam 11 pagi waktu tempatan.

Pegawai Polis, AK Chhetri sewaktu memberitahu AFP berkata, sebanyak 30 mayat telah dihantar ke hospital manakala 36 mayat lain masih berada di dalam gaung dengan kedalaman 300 meter (600 kaki).

Gambar: PRAKASH MATHEMA/AFP

Dalam pada itu, jurucakap tentera, Krishna Prasad Bhandari berkata bahawa pihaknya mengesahkan 29 mayat telah berjaya dibawa keluar dan masih terdapat 33 lagi di lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan membawa keluar mayat masih diteruskan walaupun menghadapi kesukaran di gaung berkenaan. Sehingga kini, tiada mangsa yang selamat ditemui,” katanya.

Susulan kejadian itu, pasukan penyelamat telah melakukan kerja-kerja penyelamatan pada bahagian serpihan enjin ATR 72 twin turboprop pesawat berkenaan sambil diperhatikan oleh ratusan orang.

Gambar: PRAKASH MATHEMA/AFP

Sementara itu, menerusi rakaman yang dikongsikan di media sosial memaparkan api sedang marak di atas tanah sambil kepulan asap hitam memenuhi ruang langit sewaktu kejadian.

Walau bagaimanapun, AFP tidak dapat mengesahkan kesahihan rakaman tersebut termasuk satu lagi klip video yang dikongsikan dalam talian yang mendedahkan sebuah pesawat terbang pada ketinggian rendah di atas kawasan perumahan sebelum terhempas.

Gambar: PRAKASH MATHEMA/AFP

Rekod Buruk

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sektor pengangkutan udara Nepal telah berkembang dengan pesat. Bagaimanapun, ia dihantui dengan isu keselamatan yang kurang disebabkan latihan penyelenggaraan yang tidak memadai.

Tambahan lagi, Kesatuan Eropah (EU) telah melarang syarikat penerbangan Nepal menjalankan aktiviti di udara atas faktor keselamatan dengan bentuk muka bumi negara itu yang menimbulkan cabaran kepada juruterbang.

Kekurangan infrastruktur dalam ramalan cuaca terutamanya di kawasan terpencil juga meningkatkan potensi kemalangan udara berlaku di kawasan terpencil pergunungan.

Terdahulu, sebuah pesawat di bawah syarikat penerbangan Nepal, Tara Air dilaporkan terhempas pada Mei 2022 lalu. Kesemua 22 penumpang maut dalam nahas berkenaan.

Nahas pesawat paling buruk direkodkan di Nepal pula adalah pada tahun 1992. apabila sebuah Pesawat International Airlines dilaporkan terhempas hingga menyebabkan 167 orang maut dalam nahas tersebut.

Dua bulan kemudian, satu lagi kemalangan berlaku melibatkan pesawat Thai Airlines yang terhempas berhampiran lapangan terbang yang sama hingga mengorbankan 113 orang.

Sumber: AFP

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

The post Angka Korban Terkini Nahas Pesawat Nepal Meningkat Kepada 67 Orang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*