Anwar Jawab isu Kasut, Hadiah dari Sultan..

Ada satu posting di satu akaun nsosial media @naratifrakyat yang mempersoalkan Dato Seri Anwar tidak terima Mercedes SD600. Tetapi pada masa yang sama memakai kasut yang bernilai RM5500. Menjawab persoalan itu Anwar mebalas komen dan menyatakan kasut yang dipakai adalah pemberian oleh Baginda Sultan Johor 2 tahun lalu.

Dato Seri Anwar Ibrahim selepas dilantik menjadi Perdana Menteri ke 10 telah menjadi tumpuan ramai. Samada penyokong atau musuh beliau. Tetapi PM10 tidak kisah dengan apa jua persoalan dari warganet atau wartawan, beliau sentiasa melayan soalan yang di ajukan.

 

Anwar PM-10, muktamad!

Pelantikan Datuk Seri An­war Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Khamis lalu masih menjadi buah mulut rak­yat Malaysia sehingga ke hari ini.

Penantian dan pengorbanan beliau sejak 24 tahun lalu selepas dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 1998 dilihat sebagai berbaloi apabila kali ini diberikan mandat untuk mengemudi tampuk kepimpinan negara.

Pelantikan beliau tempoh hari juga dilihat diraikan oleh bukan sahaja rakyat Malaysia, malah pemimpin-pemimpin luar yang turut menghubungi beliau untuk mengucapkan tahniah seperti Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

BACA: Sultan Selangor tarik balik darjah kebesaran Najib dan Rosmah

 

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*