“Apabila Dawai Bersilang…” Lelaki Kongsi Tips Kesan Air Bawah Tanah Guna Dua Bahan

kesan air bawah tanah

“Apabila Dawai Bersilang…” Lelaki Kongsi Tips Kesan Air Bawah Tanah Guna Dua Bahan

Sumber air bawah tanah boleh didapati di celah-celah kerikil, pasir, batu yang merupakan lapisan akuifer yang terbentuk secara geologikal, yang menampung air dalam kuantiti yang banyak.

Air bawah tanah melakukan penyusupan yang melalui aliran di dalam batuan dan keluar menjadi mata air secara semula jadi selepas masuk ke dalam sungai.

Dengan ‘teknologi’ yang canggih ini, orang ramai dapat merasai air bawah tanah menggunakan kaedah pengepaman sekiranya mahu menambah bekalan di kawasan yang mempunyai air.

Pun begitu, jika tidak mempunyai bahan untuk melakukan pengepaman, orang ramai boleh menggunakan cara tradisional dengan bahan yang mudah didapati.

Menerusi perkongsian @fadzliramly di TikTok, dia mengajar tips untuk kesan air bawah tanah sekiranya mahu menggali telaga di kawasan tanah kepunyaan.

Difahamkan, ini merupakan cara orang dahulu untuk mencari mata air di kawasan hutan kerana zaman itu tidak mempunyai teknologi yang mampu untuk mengesan permukaan air.

Dalam rakaman berdurasi 34 saat, lelaki tersebut mengajar cara mudah dengan hanya menggunakan dua bahan.

BACA: Tak Perlu Upah Orang, Lelaki Kongsi Tips Jaga Air Kolam Renang Agar Kekal Bersih

Cara kesan air bawah tanah

Dawai

Menurutnya, cara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menggunakan dawai panjang yang dipegang oleh kedua-dua belah tangan.

Gambar: @fadzliramly/TikTok

Dawai tersebut dibentukkan dalam huruf L di mana, tangan menggenggam bahagian hujung dawai itu.

Kemudian, jalan di sekitar kawasan tersebut dan sekiranya, besi itu bersilang maka tempat yang berdiri itu merupakan punca air.

Gambar: @fadzliramly/TikTok

Dawai menjadi bersilang merupakan tindak balas yang ditunjukkan.

“Perhatikan dawai yang digunakan, apabila dawai bersilang, maka dibawah tapak kaki yang saya berdiri itu mempunyai air,” jelasnya.

Kelapa

Untuk cara yang seterusnya ialah menggunakan sebiji buah kelapa. 

Gambar: @fadzliramly/TikTok

Caranya ialah letakkan buah kelapa tersebut di atas telapak tangan kemudian jalan di kawasan yang diingini.

Apabila jalan di bawah permukaan air, maka kelapa itu secara tidak langsung akan menunjukkan tindak balas dengan berdiri secara sendiri.

Gambar: @fadzliramly/TikTok

“Perhatikan apabila kelapa itu berdiri dengan sendirinya maka di bawah tapak kaki (tempat berdiri) mempunyai air. Kemudian kita akan gali.

“Ini merupakan hasilnya. Di bawah tanah ada air yang mengalir,” tambahnya.

Reaksi warga maya

Rata-rata yang telah mencuba teknik tersebut mengatakan ia adalah sesuatu yang bagus dan mereka turut bersetuju bahawa cara itu berhasil untuk mencari permukaan air.

Gambar: TikTok

Kata Izzah, dia pernah mencuba cara pertama iaitu menggunakan dawai di dusun duriannya.

“Aah memang bersilang, bawah itu ada mata air,” katanya.

Gambar: TikTok

Manakala, Fai Zara pula berkata dia mencari air bawah tanah menggunakan tempurung kelapa sahaja.

“Letak (temprung) tempat kita nak gali telaga, biarkan seharian. Esok tengok kalau basah berwap tempurung, memang ada mata air,” jelasnya.

@fadzliramly

♬ Instrumen Slow – Instrumental Electone

Sumber: @fadzliramly/TikTok, UPM,

The post “Apabila Dawai Bersilang…” Lelaki Kongsi Tips Kesan Air Bawah Tanah Guna Dua Bahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*