AS akan guna nama Turkiye, elak kaitan dengan ayam belanda

ISTANBUL – Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menyatakan ia tidak lagi akan menulis perkataan Turkey (Turki) dan sebaliknya memanggil negara itu sebagai Türkiye, lapor portal berita The Guardian pada Khamis.

Dalam satu kenyataan jabatan itu menulis mengenai tindakan bersama antara AS dan Turkiye dan tidak lagi menggunakan perkataan Turkey.

“Kedutaan Turki memang meminta kami menggunakan ejaan ini (Turkiye) dalam komunikasi,” kata jurucakap jabatan tersebut, Ned Price.

“Jabatan akan menggunakan ejaan yang anda lihat hari ini (semalam) dalam kebanyakan konteks diplomatik dan dua hala rasmi kami termasuk dalam komunikasi awam,” katanya lagi.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkataan Turkey tidak dilarang apabila untuk memajukan pemahaman umum yang lebih luas kerana ia difahami secara meluas oleh orang ramai di AS.

Sebelum ini, Pentagon telah menulis perkataan Turkiye sejak satu kenyataan dikeluarkan pada Ogos lalu mengenai panggilan antara ketua-ketua pertahanan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan kadang-kadang, Jabatan Negara AS menggunakan ejaan itu di media sosial.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada tahun 2021 mengarahkan penggunaan perkataan Turkiye secara konsisten.

Menurut portal The Guardian, penduduk Turki telah lama kecewa dengan kartun dan rujukan lain yang mengaitkan nama negara mereka dalam bahasa Inggeris dengan ayam belanda (Turkey). – Agensi

The post AS akan guna nama Turkiye, elak kaitan dengan ayam belanda appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*