Connect with us

Global

Asifa gigit zakar suami sampai putus, syak suaminya curang & tidur di rumah skandal

Seorang isteri yang marah menggigit zakar suaminya sebagai membalas dendam setelah mengetahui lelaki itu bermalam di rumah perempuan simpanan.

Asifa Nakagolo, 38, dituduh menggigit zakar suaminya setelah mangsa pulang dari keluar malam di Kabupaten Bugweri, Uganda Timur pada hari Isnin 17 Mac 2021.

Dikatakan bahawa ibu hamil itu marah kerana Bashir Mukaire tidak pulang semalaman dan mula menyerangnya sebaik sahaja lelaki itu pulang ke rumah. Asifa percaya Bashir menipu dan bermalam di rumah perempuan simpanan.


Bashir, bapa kepada sembilan anak, kini sedang bertarung nyawa di hospital setelah kemaluannya digigit sehingga putus sebelum disambung kembali.

Lelaki berusia 45 tahun itu dipercayai mengalami kesan koyakan teruk pada alat kelaminnya setelah Asifa menggigitnya secara berturut-turut.

Namun, Bashir menjelaskan bahawa orang ketiga bukanlah perempuan simpanan, tetapi isteri keduanya yang kini hamil beberapa bulan. Bashir dipercayai tidak memberitahu isteri pertamanya mengenai perkahwinan kedua.

“Isteri kedua saya sedang hamil, itulah sebabnya saya tidur di sana dan pulang ke pangkuan Asifa di sebelah pagi. Tetapi sebaik saja dia ternampak saya, dia terus menyerang dan menggigit zakar saya sehingga putus dan cedera parah,” katanya.

Selepas kejadian berdarah itu, Bashir dikejarkan ke hospital dan masih menerima rawatan kerana kecederaan yang dialaminya sangat serius.

Difahamkan, salah seorang jirannya memanggil ambulans setelah memberitahu pasangan itu bahawa Bashir akan mati sekiranya dia tidak mendapatkan rawatan secepat mungkin.

Doktor Suna, yang merawat Bashir, mengatakan lelaki berusia 45 tahun itu mungkin tidak dapat melakukan hubungan seks sepanjang hayatnya akibat kejadian itu. Bashir juga dijangka membuang air kecil melalui tiub seumur hidup.

“Zakarnya tidak dapat disambung kembali kerana ia telah mati. Kesimpulannya dia tidak akan dapat melakukan hubungan kelamin seumur hidup.

“Dia akan membuang air kecil melalui tiub seumur hidup akibat kecederaan yang dialaminya,” kata Doktor Suna.

Jurucakap Polis Busoga Timur mengatakan suspek melarikan diri setelah kejadian itu dan pihaknya kini giat mengesan suspek.


Sumber: Daily Star


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags