Asteroid Lebih Tinggi Daripada Bangunan Empire State Bergerak Lintasi Bumi

Asteroid Tinggi Daripada Bangunan Empire State

Asteroid Lebih Tinggi Daripada Bangunan Empire State Bergerak Lintasi Bumi

Asteroid yang lebih tinggi daripada bangunan Empire State di Amerika Syarikat (US) dilapor bergerak melintasi Bumi pada awal bulan ini, memetik laporan The Mirror.

Difahamkan kejadian itu berlaku pada 3 Februari apabila bongkahan batu angkasa yang panjang dan nipis berkenaan melintasi kira-kira 1.1 juta batu dari Bumi.

Lapor The Mirror, saiznya yang besar dikatakan sama dengan mercu tanda terkenal di US iaitu Empire State.

Kedudukan asteroid yang dikenali sebagai 2011 AG5 itu dipercayai berada pada jarak lima kali ganda jarak antara Bulan dan Bumi.

Ia dikatakan tidak berisiko untuk menjejaskan planet ini namun para saintis bimbang disebabkan ia berpeluang untuk berbuat demikian.

Justeru, para saintis di Makmal Penggerak Jet (JPL) NASA di California Selatan dapat menjejaki objek itu dengan membuat pemerhatian yang teliti.

Penelitian dibuat sehinggalah mereka dapat maklumat penting yang merangkumi saiz, putaran, butiran permukaan dan bentuknya.

Penilaian mendapati ia berketinggian kira-kira 500 meter (m) dan 150 m lebar sehingga ‘mengalahkan’ saiz menara Empire State yang hanya mencapai ketinggian 443 m.

Asteroid bergerak lepasi bumi
Kredit: iStockphoto via The Mirror

‘Paling panjang pernah kita lihat’

Saintis utama di JPL, Lance Benner berkata, “Daripada 1,040 objek berhampiran Bumi yang diperhatikan oleh radar setakat ini, ini adalah salah satu yang paling panjang yang pernah kita lihat,”

Memetik The Mirror, asteroid itu pertama kali ditemui lebih sedekad lalu pada tahun 2011 tetapi Rangkaian Angkasa Dalam Nasa yang membolehkan mereka melihatnya dengan lebih dekat.

Malah, penemuan ini disokong dengan antena Radar Sisteam Suria Goldstone 70m yang berkuasa di Deep Space Network yang bertindak untuk mengesan bongkah berbentuk aneh yang bergerak.

Pengarah CNEOS di JPL, Paul Chodas berkata, “Menariknya, sejurus selepas penemuannya, 2011 AG5 menjadi asteroid apabila analisis kami menunjukkan ia mempunyai peluang pada masa hadapan.

“Pemerhatian berterusan terhadap bongkahan ini menolak sebarang kemungkinan kesan dan ukuran julat baharu oleh pasukan radar planet di mana mereka akan memperhalusi dengan lebih tepat jarak ia bergerak,” tambahnya.

Asteroid Tinggi Daripada Bangunan Empire State
Kredit: iStockphoto via The Mirror

Difahamkan, pemerhatian radar Goldstone berlaku dari 29 Januari hingga 4 Februari yang mampu mendapatkan pelbagai maklumat mengenainya.

Antaranya, bongkah tersebut mempunyai lubang besar dan luas pada salah satu daripada dua hemisfera asteroid dan kawasan gelap serta terang yang mungkin menunjukkan ciri permukaan berskala kecil.

Selain itu, 2011 AG5 dikatakan mempunyai kadar putaran perlahan yang mengambil sembilan jalan untuk melengkapi satu putaran penuh.

NASA menambah jika asteroid itu dilihat oleh mata manusia, ia akan kelihatan gelap seperti arang.

Sumber: The Mirror

The post Asteroid Lebih Tinggi Daripada Bangunan Empire State Bergerak Lintasi Bumi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*