Connect with us

Global

‘Atok’ Berusia 70 Tahun Kejang, Maut Ketika Langgan Pelacur

Seorang lelaki warga emas disahkan meninggal dunia dalam keadaan berbogel ketika melakukan hubungan oyeh-oyeh dengan pelacur. Kejadian itu dipercayai berlaku pada 7 Mac 2021 yang lalu.

Kejang masa lakukan hubungan seks..

Menurut laporan Tribun News, seorang lelaki berusia 70 tahun melakukan hubungan intim di sebuah rumah tumpangan yang dihuni oleh seorang wanita. Wanita yang terlibat adalah merupakan salah seorang pekerja seks komersial (pelacur) di Indonesia.

Sebelum kejadian, mangsa mengupah seorang wanita untuk memenuhi keinginannya, tetapi ketika melakukan persetubuhan, mangsa tiba-tiba mengalami sawan dan sesak nafas.


Menurut wanita itu, dia mengakui bahawa dia sangat terkejut apabila melihat pelanggannya (mangsa) mengalami kekejangan dan tertiarap. Namun, tidak lama kemudian, wanita itu mendapati bahawa mangsa yang sedang berbogel itu sudah tidak bernyawa.

Panik dengan keadaan itu, salah seorang rakan wanita terbabit memaklumkan kepada Ketua Rukun Tetangga. Berikutan kejadian ini, Ketua Rukun Tetangga menghubungi seorang pegawai kesihatan untuk melaporkan kejadian tersebut.

Kejadian tersebut telah menjadi topik hangat di kalangan seluruh rakyat Indonesia, terutama penduduk tempatan.

Pihak berkuasa kemudian membawa mayat mangsa untuk proses bedah siasat. Walaupun begitu, sehingga kini, pihak berkuasa masih belum mengetahui punca sebenar kematian warga emas terbabit.


Sumber: Tribun News


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags