‘Ayah mereka dirampas, ibu mereka ditinggalkan’ – Ibu Syamsul

PETALING JAYA – Ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail hari ini dilihat memuat naik satu luahan kesal menerusi InstaStory miliknya.

Patimah menulis seolah-olah sedang marah dan tidak berpuas hati dengan menantu baharunya, Ira Kazar.

“Ayah mereka telah dirampas oleh perempuan yang kejam. Ibu mereka ditinggalkan kerana perempuan itu. Laknatlah hidupnya,” luahnya.

Menerusi InstaStory tersebut, Patimah turut memuat naik sekeping gambar dua orang cucunya yang juga anak kepada Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagramnya memaklumkan dia sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwalikan bapa mentuanya, Kazar Saisi yang juga merupakan seoang pelakon veteran. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Ayah mereka dirampas, ibu mereka ditinggalkan’ – Ibu Syamsul appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*