Bagaimana Kewajiban Solat Sebelum Peristiwa Israk Mikraj?

Bagaimana Kewajiban Solat Sebelum Peristiwa Isra’ Mikraj?

Bagaimana Kewajiban Solat Sebelum Peristiwa Israk Mikraj?

Hari ini, umat Islam menyambut salagh satu peristiwa terpenting dalam sejarah perkembangan agama Islam iaitu Peristiwa Israk Mikraj.

Sudah semestinya, sejak dari bangku sekolah lagi kita mendengar pelbagai ceramah mengenai salah satu hari kebesaran dalam Islam ini.

Peristiwa ini telah mensyariatkan ibadah solat lima waktu sehari kepada seluruh umat Islam. Akan tetapi,  bagaimana pula dengan kewajiban solat sebelum peristiwa Israk Mikraj?

Untuk menjawab soalan ini, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengupas persoalan ini secara terperinci.

Berikut merupakan jawapannya:

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji menyebut: Allah SWT telah memfardukan beberapa solat atas setiap orang Islam yang mukallaf, iaitu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’.

Kesemua solat lima waktu ini telah disyariatkan pada malam Rasulullah SAW Isra’ ke Baitu al-Maqdis dan Mikraj ke langit.

Allah SWT telah memfardukan 50 solat sehari semalam ke atas Nabi Muhammad SAW dan seluruh umat Islam. Kemudian Allah SWT mengurangkannya kepada lima waktu dan tetap mendapat pahala 50 solat.

Dalam sebuah hadith berkenaan Isra’ dan Mikraj, Rasulullah SAW bersabda:

فُرِجَ عَنْ سَقْفِ بَيْتِى وَأَنَا بِمَكَّةَ، فَنَزَلَ جِبْرِيلُ ثُمَّ أَخَذَ بِيَدِى فَعَرَجَ بِى إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَفَرَضَ اللَّهُ عَلَى أُمَّتِى خَمْسِينَ صَلاَةً فَرَاجَعْتُهُ فَقَالَ: هِىَ خَمْسٌ وَهْىَ خَمْسُونَ، لاَ يُبَدَّلُ الْقَوْلُ لَدَىَّ.

Maksudnya: “Bumbung rumahku terbuka ketika aku berada di Makkah, lalu turun malaikat Jibril. Kemudian dia memegang tanganku lalu membawaku naik ke langit. Maka Allah telah memfardhukan 50 solat ke atas umatku. Lalu aku berulang-alik menemui-Nya, maka Allah menyatakan bahawa lima solat menyamai 50 solat, tidak diubah lagi penyataan itu untukku.”

Peristiwa Isra’ telah berlaku 18 bulan sebelum Nabi SAW berhijrah ke Madinah. Oleh itu solat lima waktu yang difardhukan telah memansuhkan solat dua rakaat terdahulu yang telah dilakukan pada setiap pagi dan petang.

Dalam menjawab persoalan di atas, solat orang Islam sebelum peristiwa Israk Mi’raj ialah dua rakaat pada pagi hari dan dua rakaat pada petang hari. Inilah pendapat al-Harbi.[3] Dan diriwayatkan daripada al-Hasan perkara yang sama pada menafsirkan ayat al-Quran:

وَاذْكُر رَّبَّكَ كَثِيرًا وَسَبِّحْ بِالْعَشِيِّ وَالْإِبْكَارِ

Maksudnya: “Dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi.”

Ibn Rajab al-Hanbali menukilkan bahawa Ibn ‘Abbas berkata: Daripada Sufyan, berkenaan hadis Hiraql, katanya:

يَأْمُرُنَا – يَعْنِي النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – بِالصَّلاَةِ وَالصِّدْقِ وَالْعَفَافِ

Maksudnya: “Bahawa Nabi Muhammad SAW memerintahkan kami untuk mengerjakan solat, bersikap jujur dan menjaga kehormatan diri.”

Riwayat ini menunjukkan bahawa Rasulullah sejak awal telah memerintahkan umatnya untuk solat, bersikap jujur dan menjaga kehormatan diri. Bahkan Baginda SAW sendiri juga melakukan hal yang sama sebelum adanya kewajiban solat lima waktu.

Ditegaskan lagi oleh Ibn Rajab: “Hadith yang menjelaskan bahawa Nabi SAW mengerjakan solat sebelum peristiwa Isra’ sangatlah banyak didapati.”

Namun, para ulama berbeza pendapat mengenai bagaimana solat Nabi SAW sebelum peristiwa Isra’. Tetapi yang jelas, dinyatakan bahawa kewajipan solat sudah ada sebelum peristiwa isra’. Ibnu Rajab menyebut:

“Ada yang mengatakan bahawa pada awalnya, solat yang diwajibkan ke atas Rasulullah SAW adalah dua rakaat subuh dan dua rakaat waktu malam.

Hal ini sepertimana disebut oleh Qatadah:

كَانَ بَدْءُ الصَّلَاةِ رَكْعَتَيْنِ بِالْغَداةِ، وَرَكْعَتَيْنِ بالعَشيِّ

Maksudnya: “Solat pertama kali dilakukan adalah dua rakaat pada waktu pagi dan dua rakaat pada waktu petang.”

Wallahu a’lam.

BACA: Tersilap Niat Solat Asar, Bolehkah Tukar Kepada Solat Zohor? Ini Jawapan Mufti Wilayah

Sumber: Maktabah Al-Bakri

The post Bagaimana Kewajiban Solat Sebelum Peristiwa Israk Mikraj? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*