Bahan binaan dari tingkat 56 hempap kenderaan

KUALA LUMPUR – Satu bahan binaan terjatuh daripada tingkat 56 telah menghempap sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan sehingga rosak dan kejadian berlaku berhadapan kedai serbaneka, Jalan Ampang, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, hasil pemeriksaan di lokasi mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8.45 pagi.

“Satu bahan binaan atau kepingan staging daripada tingkat 56 banggunan 80 tingkat yang sedang dibina berhampiran telah jatuh.

“Objek telah jatuh atas kereta jenis Toyota Vios yang berada di hadapan kedai serbaneka itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun menurut Noor Dellhan, semasa kejadian berlaku tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

“Ketika kejadian berlaku, pemilik kenderaan berada di dalam kedai serbaneka dan tiada kecederaan direkodkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

The post Bahan binaan dari tingkat 56 hempap kenderaan appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*