Bakal Ditamatkan Perkhidmatan Esok, Profesor Dr Haim Hilman Mohon Maaf Andai Ada Kekurangan 

Bakal Ditamatkan Perkhidmatan Esok, Profesor Dr Haim Hilman Mohon Maaf Andai Ada Kekurangan 

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) yang Ke-9, Prof Dr Haim Hilman Abdullah dalam satu ucapan menzahirkan perasaannya berikutan perkhidmatannya bakal ditamatkan pada 18 Januari 2023 (esok)

Menerusi akaun Tiktok rasmi, beliau memohon maaf kepada semua yang mengenalinya sepanjang dirinya bergelar Naib Canselor di institusi berkenaan.

“Kepada semua sahabat, saya mohon ampun dan maaf andai ada kekurangan pada diri saya. Terima kasih buat semua sahabat yang sentiasa mendoakan saya. Mana mungkin saya lupa jasa kalian semua. Hanya Allah yang mampu membalasnya,” tulisnya di platform media sosial itu.

Tambahnya, beliau turut menegaskan bahawa sepanjang setahun perkhidmatan, dia menjalankan tugas bukan atas kepentingan dirinya.

“Ia bukan tentang saya. Ia berkenaan universiti kita. Tapi kalau kesilapan saya, saya nak mohon maaf. Saya nak ambil ruang ini memohon maaf kepada sahabat-sahabat semua.

“Kamu semua mengagumkan. Tuan-tuan puan-puan semua rakan-rakan, sahabat-sahabat adalah insan-insan kiriman Tuhan ke universiti.

“Dan di sini kita berkenalan bersama untuk membina institusi dan melahirkan generasi masa depan,” ujarnya lagi.

Dalam video berdurasi dua minit tujuh saat itu, beliau menjelaskan bahawa pada tanggal 18 Januari (esok) pada dasarnya merupakan hari terakhirnya.

Katanya, beliau boleh sahaja kekal sekiranya mahukan jawatan tersebut namun lebih memilih untuk menjadi sebahagian daripada arus perdana institusi.

@haim_hilman

Kepada semua sahabat, saya mohon ampun dan maaf andai ada kekurangan pada diri saya. Terima kasih buat semua sahabat yg sentiasa mendoakan saya. Mana mungkin saya lupa jasa kalian semua. Hanya Allah yg mampu membalasnya. #Hello2023 #haimhilman #fypシ #universitiutaramalaysia #uum #viralvideo #tiktokmalaysia🇲🇾 #tiktokgurumalaysia #professor #universiti

♬ Instrumen Sholawat Sedih (Piano Biola) – Yuda pratama

“Saya mahu berkhidmat dan menjadi sebahagian daripada tranformasi di Universiti Utara Malaysia.

“Jadi, saya rasa sedikit sebanyak tuan-tuan dapat rasakan universiti ini telah digerakkan ke arah sesuatu yang tidak biasa kita lakukan sebelum ini,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau berharap kepada penggantinya dapat meneruskan agenda dalam usaha menambahbaik institusi itu agar menjadi lebih dinamik dan maju.

“Saya doakan kita semua akan berjaya dalam usaha untuk mengangkat universiti kita insyaAllah, boleh tuan-tuan semua InsyaAllah,” jelasnya lagi.

Untuk makluman, Prof Dr Haim Hilman Abdullah memulakan perkhidmatan sebagai Naib Canselor ke-9 Universiti Utara Malaysia (UUM)  pada 17 Januari 2022 dan bakal ditamatkan perkhidmatannya esok.

Terdahulu, setiap video yang dikongsikan olehnya seringkali tular berikutan kata-kata atau nasihat yang diberikan olehnya membekas di hati.

Sumber: Haim Hilman

The post Bakal Ditamatkan Perkhidmatan Esok, Profesor Dr Haim Hilman Mohon Maaf Andai Ada Kekurangan  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*