Bakal Isteri Herdik Mak Pasal Duit Tak Cukup, Lelaki Tekad Batal Kahwin Sehari Sebelum Majlis

 

Seorang lelaki warga Indonesia membatalkan perkahwinannya kerana ibunya diherdik oleh bakal isterinya gara-gara duit majlis pernikahan tidak mencukupi, lapor Kompas.com.

Difahamkan, pernikahan tersebut sepatutnya dijalankan pada 18 Disember lalu, tetapi sehari sebelum majlis, lelaki itu membatalkannya kerana bakal isterinya meminta duit tambahan sebanyak RM198 bagi kos perkahwinan. 

Terdahulu, keluarga bakal pengantin perempuan meminta wang tambahan sebanyak RM1,981 untuk majlis resepsi seperti khemah dan lelaki yang berasal dari Palembang, Sumatera itu menunaikan permintaan mereka.

Tetapi, ketika berkunjung ke rumah bakal pengantin di Sumatera Selatan, lelaki tersebut dan keluarganya terkejut melihat keadaan persiapan perkahwinan yang dibuat oleh mereka.

Hal itu kerana hanya terdapat khemah yang dipasang ala kadar tanpa sebarang hiasan untuk majlis perkahwinan mereka.

Padahal sebelum itu, keluarga bakal pengantin perempuan mengakui bahawa wang tambahan tersebut akan digunakan untuk khemah dan keperluan lain.

Apabila lelaki tersebut menyuarakan mengenai perkara itu, bakal isterinya mengutuk dan menunjuk-nunjuk (mempersalahkan) ibunya.

Wanita tersebut marah kerana keluarga pihak lelaki tidak memberikan wang tambahan seperti yang diminta.

Kata lelaki itu, dia tidak boleh menerima ibunya dikutuk dan akhirnya terus membatalkan majlis perkahwinan mereka sehari sebelum majlis tersebut diadakan.

Menurutnya, tiada langsung rasa kesal dan sedih yang terpancar daripada wajah wanita itu apabila dia membatalkan perkahwinan tersebut.

Lelaki itu mengakui, dia mengenali wanita yang bakal dijadikan isteri tersebut sejak setahun yang lalu dan telah menjalinkan hubungan jarak jauh sebelum membuat keputusan untuk mengahwininya.

Kisah lelaki itu tular di media sosial selepas video tersebut di muat naik ke akaun Tiktok @elsawd7795 dan kemudian dikongsi semula di Instagram.

Sumber: Kompas.com & @TanpaNama/Tiktok

BACA: Pasangan Tak Jadi Bercerai, Isteri Positif Covid Terharu Suami Gigih Jaga Dirinya Semasa Sakit

The post Bakal Isteri Herdik Mak Pasal Duit Tak Cukup, Lelaki Tekad Batal Kahwin Sehari Sebelum Majlis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*