bakal lakukan rombakan besar

Kota Bharu: Pengurusan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC)mengesahkan perubahan besar kepada skuad utama menjelang pintu perpindahan kedua, September ini.

Presidennya, Rozi Muhamad berkata, pasukan sedang bertindak dan berusaha memperbaiki skuad Liga Super.

Katanya, skuad kijang emas sudah menambah baik skuad utama sejak perlawanan kelima namun banyak perkara berlaku.

“Kita tunggu jendela perpindahan kedua dan lihat perubahan pada pasukan.

“Kita tidak duduk diam dan sentiasa melihat komen penyokong, saya faham dan hormat segala pandangan daripada semua pihak kerana tahu anda sayangkan kelab dan pasukan,” katanya dalam acara santai bersama penyokong dan penaja di sebuah restoran, malam tadi.

Katanya lagi, mereka tetap komited KDN FC mampu memberi saingan musim ini dan boleh pergi jauh namun memerlukan sokongan penyokong dan penaja bagi meneruskan perjuangan.

Terdahulu, prestasi anak buah Park Jae Hong meresahkan peminat bola sepak apabila sekadar memenangi satu daripada lapan perlawanan sepanjang musim ini dengan meletakkan pasukan di kedudukan ke-13 iaitu tercorot liga.

sumber: HM

KDN FC turut digesa bekerja keras kerana perlawanan di laman sendiri,Stadium Sultan Muhammad ke IV turut ditunda sehingga Oktober ini berikutan kerja-kerja baikpulih stadium.